Man United Dilaporkan Akan Meniru Pendekatan “Transfer Committee” Liverpool FC

Dilaporkan kelab itu akan melantik 3 bekas pemainnya untuk menentukan pemain yang mahu dibawa masuk.

Antara pemain itu adalah Darren Fletcher dan Rio Ferdinand, yang merupakan antara bekas pemain untuk mencari pemain masa depan untuk Man United.

United dilaporkan sering gagal dalam merekrut pemain baru sejak beberapa musim ini – nama nama besar gagal memberikan impak yang sebaiknya selain daripada impak bil yang tinggi seperti Alexis Sanchez dan Paul Pogba.

Ole Gunnar Solksjaer yang akan dibantu oleh Pengarah Akademi Nicky Butt, akan fokus untuk mencari pemain muda yang selaras untuk bermain dengan “The United Way”.

Meskipun pasukan mereka dikelilingi oleh ramai bintang, namun Man United gagal menjejakkan kaki ke UCL musim hadapan manakala musuh tradisi mereka Liverpool mencatatkan sejarah layak ke Final UCL buat kali kedua dan juga mencabar kejuaraan liga bersama Man City hingga hari terakhir kempen EPL.

Liverpool telah menggunakan 3 orang ahli “transfer committee” untuk melakukan perpindahan yang tepat, dengan Jurgen Klopp bekerjasama dengan Michael Edward selaku Pengarah Sukan, manakala ahli ahli yang lain adalah “Head Of Scout And Recruitment” iaitu Dave Fallow dan juga Jurulatih Penjaga Gol John Achterberg.

Dan United dilaporkan mahu “meniru” cara itu yang membawa kejayaan kepada Reds, namun ahli committee itu adalah bekas pemain kelab itu.

Darren Fletcher dilaporkan akan dilantik menjadi ketua untuk committee itu.

ADMIN

Itu pun nak cedok. Erm.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman