Liverpool Melancarkan Akaun Rasmi Di TikTok

TikTok merupakan aplikasi terbesar dunia dalam penjanaan video pendek.

Kelab ini merupakan kelab pertama yang melancarkan akaun rasmi dan menyertai aplikasi popular itu, sekaligus menyediakan video untuk mencapai peminat di alam maya, terutama peminat muda.

Akaun yang tertera @liverpoolfc akan berkongsi video pendek di sebalik tabir kelab termasuk momen di padang latihan, klip yang menghiburkan dan juga keratan video pemain meraikan jaringan gol mereka.

Aplikasi itu boleh dimuat turun di iOS dan Android, dengan TikTok menawarkan semua pemilik akaun menjadi lebih kreatif dan menggalakkan peminat untuk berkongsi kreativiti melalui video. TikTok ketika ini berada di 150 negara, dengan 75 bahasa disertakan untuk membuktikam mereka sangat pantas mengatur strategi untuk menggalakkan peminat mereka mencipta dan berinteraksi dengan video yang relevan.

Liverpool setakat ini telah menarik seramai 66 juta peminat di laman sosial, dengan keutamaan diberikan kepada platform global bagi mendekatkan kepada peminat di seluruh dunia.

Baru baru ini juga Liverpool telah mencapai 2 juta pelanggan di Youtube, kelab Liga Perdana Inggeris pertama yang mendapat langganan terbesar sekaligus menjadikan mereka salah satu langganan terbesar di Youtube.

Markus Breglec, Timbalan Presiden Pemasaran Dan Media Liverpool berkata :

“Kami sentiasa bersikap kreatif dan inovatif untuk mengukuhkan cara mendekatkan kami dengan peminat di seluruh dunia”.

“Hari ini kami berbangga untuk melancarkan akaun rasmi kami menerusi aplikasi TikTok – kami lihat potensi untuk mendekatkan kami kepada audien dan juga peminat muda menerusi video pendek menarik”.

Normanno Passani, pengurus rakan kongsi TikTok berkata :

“Kami amat berbangga dengan mendapat langganan dari pasukan lagenda menerusi TikTok dan akan membantu mereka untuk berkongsi cerita terindah di sini”.

“Liverpool FC sentiasa menyediakan kandungan yang menarik untuk mendekatkan peminat mereka di seluruh dunia. Dengan format unik TikTok, kami percaya ramai peminat akan menikmati kandungan mereka dengan santai dan menyeronokkan”.

Pada awal 2018, TikTok merupakan salah satu aplikasi yang paling banyak dimuat turun peminat untuk berkongsi karya dam minat mereka menerusi rakaman video 15 saat.

ADMIN

Berikut adalah imbasan paparan akaun rasmi Liverpool dalam TikTok.

Akaun Rasmi Liverpool di TikTok

Yang ada akaun TikTok tu, apa lagi. Follow le. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman