Jurgen Klopp Mempertimbangkan Tawaran Napoli Untuk Nathaniel Clyne?

Pemain bek kanan itu mungkin akan meninggalkan Liverpool dengan Klopp memulakan proses memperbaiki skuad beliau.

Difahamkan Napoli bersedia untuk mendapatkan khidmat Nathaniel Clyne dengan Klopp mungkin mahu merombak sedikit pasukannya pada musim hadapan.

Sebelum ini Clyne jarang diturunkan oleh Liverpool dan telah dipinjamkan ke Bournemouth selama setengah musim.

Liverpool mungkin akan mempertimbangkan tawaran sebanyak £15 juta untuk pemain itu di mana beliau hanya melakukan 4 penampilan sejak Mei 2017 berikutan kecederaan berpanjangan.

Difahamkan Napoli sedang meneliti pasaran perpindahan untuk pemain bek kanan, dikatakan telah menghubungi Liverpool mengenai perpindahan tersebut.

Penampilan terakhir Clyne untuk Liverpool adalah ketika kemenangan 3 – 1 ke atas Man United pada Disember, setelah menyaksikan Trent, Gomez dan Milner masing masing mengalami kecederaan.

Namun Klopp telah memberi kebenaran untuk Clyne ke Bournemouth selama 6 bulan dengan pemain itu mahukan lebih minit masa permainan.

Clyne telah melakukan 14 penampilan dan 1 penampilan dari bangku simpanan ketika berada di Bournemouth, dan khidmat beliau turut diintai oleh Bournemouth sendiri serta West Ham United.

Liverpool dijangka akan merombak sedikit skuad sedia ada dengan Daniel Sturridge dan Alberto Moreno dijangka akan meninggalkan kelab.

Persoalan juga berlaku terhadap masa depan beberapa pemain seperti Simon Mignolet, Marko Grujic, Harry Wilson dan beberapa pemain muda lain.

ADMIN

Kalau kena dengan harga, tak salah pertimbangkan.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman