Lionel Messi : Barcelona Masih Belum “Move On “Dari Kekalahan Di Anfield

Pemain Argentina ini menyatakan emosi mereka masih belum pulih berikutan kekalahan dramatik ke atas Liverpool.

Dan beliau mengakui kekalahan itu masih menghantui beliau secara berterusan hingga sekarang.

Beliau menyaksikan dan mengalami sendiri bagaimana Liverpool melakukan salah satu sejarah “comeback” terbaik dalam kancah Eropah apabila menyaksikan kedudukan 3 – 0 mereka diterbalikkan dengan kemenangan 4 – 0 di Anfield.

2 gol masing masing dari Gini Wijnaldum dan Divock Origi memastikan Liverpool berada di Final UCL menentang Spurs pada 01 Jun nanti.

Barcelona pula sedang mempersiapkan pasukan untuk menghadapi Copa Del Rey menentang Valencia pada Sabtu ini.

Dan bercakap kepada media pada Jumaat, Messi mendedahkan bagaimana kekalahan kepada Liverpool itu masih menyakitkan.

Menurut Messi :

“Ia merupakan pukulan yang hebat oleh kami di Anfield. Seluruh pemain di bilik persalinan merasainya”.

“Ia sukar buat kami untuk bangkit kembali, dan ada lihat kembali bagaimana sukarnya kami dalam perlawanan seterusnya. Ianya sukar namun sekarang kami berpeluang untuk menggandakan kejuaraan dan mengakhiri musim dengan gemilang”.

“Saya tidak pernah melihat kritikan yang dilemparkan kepada pengurus setakat ini, dan secara jujurnya saya melihat Ernesto Valverde telah melakukan tugas yang baik di sini. Dalam perlawanan menentang Liverpool beliau bukanlah seseorang yang perlu disalahkan. Kami sebagai pemain yang bersalah”.

Messi hanya menunggu masa untuk disahkan sebagai pemenang Kasut Emas Eropah apabila menjaringkan gol terbanyak dalam kempen Eropah musim ini.

Tambah Messi :

“Dalam kepala saya tidak terfikir mengenai Anugerah Kasut Emas Eropah. Tidak sekali kali”.

“Apa yang terjadi di Liverpool adalah pukulan terhadap kami, dan tidak terlalu memikirkannya. Kami mahu melangkah dalam perlawanan akhir Copa Del Rey dan menjuarai satu trofi yang lain”.

ADMIN

Ya, memang ramai tak boleh move on tu. Tu pun ada yang pundit kata bukan luck. 😂😂

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman