Liverpool Tidak Mahukan Sergio Ramos – Bukan Sebab Berkaitan Mo Salah

Liverpool dan Manchester United dikaitkan dengan perpindahan pemain pertahanan Real Madrid itu pada musim panas ini.

Liverpool tidak berhasrat untuk mendapatkan Sergio Ramos – walaupun terpalit dengan insiden ‘kotor’ dalam perlawanan akhir UCL musim lepas ke atas Mo Salah.

Terdapat laporan di Spain yang mendakwa Liverpool dan Man United telah menghubungi Real Madrid mengenak pemain tersebut – yang didakwa telah berselisih faham dengan Presiden Real Fiorentino Perez.

Ramos dan Perez dilaporkan bertengkar di bilik persalinan kelab setelah kekalahan ke atas Ajax 4 – 1 dalam UCL – dan perselisihan faham itu berlanjutan.

Namun Liverpool tidak mempertimbangkan untuk membawa pemain itu ke England.

Berikut adalah sumber senior di Anfield :

“Ianya 0.0% Sergio Ramos akan bermain untuk Liverpool”.

“Dan ianya juga tidak berkaitan dengan insiden di Kiev musim lepas”.

“Jika Liverpool memenangi UCL ketika itu dan Ramos berjabat tangan dengan semua pemain, Liverpool tidak menunjukkan mereka berminat terhadap pemain ini”.

“Ramos tidak sesuai dari segi profil untuk bermain di bawah Jurgen Klopp”.

Mereka juga tidak akan mengambilnya walaupun dilepaskan secara percuma”.

Liverpool tewas kepada Real Madrid 3 – 1 dalam final musim lepas setelah Ramos terlibat dalam dua insiden membabitkan Mo Salah dan juga Loris Karius.

Mo Salah hanya bermain dalam setengah jam dalam perlawanan akhir itu apabila dikasari Ramos dengan dijatuhkan hingga bahunya tercedera.

Karius pula melakukan dua kesilapan hingga Real Madrid memperolehi dua gol – namun selepas itu beliau dilaporkan mengalami konkusi setelah bertembung dengan Ramos ketika perebutan bola di udara.

Ramos yang kini berusia 33 tahun, sebelum ini telah menjulang 4 kejuaraan UCL dan juga 4 kejuaraan La Liga dalam masa 14 tahun bersama Real Madrid.

Real Madrid kini memerlukan £30 juta untuk mana mana kelab yang mahukan khidmat Ramos, di mana beliau mempunyai £705 klausa pelepasan pada kontraknya.

Man United dilaporkan mahu khidmat Ramos sebelum ini tetapi Ramos hanya mempergunakan situasi tersebut bagi mendapatkan kontrak lumayan bersama Real.

ADMIN

Memang tak perlu pun dia ni. Simple.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman