Emre Can : Tiada Apa Perlu Dibuktikan Di Liverpool Sebelum Saya Menyertai Juve

Pemain antarabangsa Germany itu dilaporkan menolak kontrak lanjutan di Anfield sebelum membuat keputusan menyertai Juventus.

Dan Emre Can menyatakan beliau telah membuktikan segala galanya di Liverpool sebelum menyertai gergasi Itali itu.

Selepas itu kehadiran Fabinho dan Naby Keita hanya meningkatkan persaingan di bahagian tengah Liverpool sejurus selepas Emre Can meninggalkan Anfield.

Can direkrut oleh Rodgers pada 2014, bermain selama 4 musim di Liverpool dengan 167 penampilan sebelum memyertai Juventus secara percuma pada musim panas lepas.

Dan beliau mengganggap keputusan meninggalkan Liverpool itu adalah tepat dan tiada apa yang mahu dibuktikan di sana.

Emre Can menerusi DAZN :

“Saya masih teringat ketika saya tiba di Liverpool. Saya berusia 20 tahun ketika itu dan ramai orang di Germany bertanya apa yang saya lakukan? Saya masih muda untuk bermain di negara orang”.

“Namun saya pasti dapat melakukan yang terbaik di sana. Saya mahu melakukannya dan selepas mengimbau kembali, ternyata ia tindakan yang tepat”.

“Saya sudah membuktikan diri saya di Liverpool sepertimana di kelab sebelumnya hingga sekarang”.

Pemergian Emre Can tidak mengganggu persembahan Liverpool secara keseluruhan apabila melangkah ke Final UCL buat kali kedua secara berturut turut.

ADMIN

Time to move on, Emre Can. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman