Liverpool Tidak Berhasrat Untuk Mendapatkan Memphis Depay

Pemain itu menimbulkan spekulasi apabila dilihat bakal meninggalkan Lyon musim panas ini.

Beliau memuatnaik video pada Instagram dengan menaiki jet peribadi berwarna merah yang menyerupai warna Liverpool dengan tertera perkataan ‘Merci Lyon’ yang bermaksud ‘Goodbye Lyon’.

Manakala terdapat khabar angin bahawa beliau merupakan sasaran perpindahan untuk Jurgen Klopp pada musim panas ini.

Namun Sky Sports difahamkan bahawa Liverpool tidak berminat untuk mendapatkan khidmat Depay dan tidak akan memburu khidmat bekas pemain Man United itu.

Pemain antarabangsa Netherlands ini telah meninggalkan Man United pada Januari 2017, dan sejak itu telah menjaringkan 39 gol dari 115 penampilan bersama Lyon sambil membantu Lyon layak ke UCL untuk dua musim sebelum ini.

ADMIN

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Klopp mahu fokus Final UCL dahulu.

Sumber : Sky Sports

Post Author: Mohd Nuruzzaman