Benteke Dedahkan Sebab Beliau Meninggalkan Liverpool – Dan Masih Menghormati Klopp

Beliau berhijrah ke Crystal Palace kerana tidak sering diturunkan dalam kesebelasan utama.

Dan banyak perubahan yang dilakukan Klopp sejak mengambilalih tampuk pengurus sejak Oktober 2015.

Pengurus dari Germany itu mungkin masih mengejar kejuaraan pertamanya buat kelab, namun beliau telah merevolusikan kelab dengan menjejakkan kaki ke Final UCL sebanyak 2 kali serta menduduki tangga kedua di EPL buat masa sekarang.

Ianya jauh berubah dari kedudukan kelapan yang diperolehi kelab pada musim 2016 2017.

Beberapa pemain telah dilepaskan oleh Klopp untuk menyesuaikan Liverpool dengan sistem yang beliau kehendaki sekaligus membawa Liverpool kembali ke pentas elit Eropah.

Salah seorang pemain yang dilepaskan ketika musim penuh pertama Klopp di Liverpool adalah Christian Benteke.

Dibeli dengan harga £32.5 juta dari Aston Villa, Benteke mendapati beliau bukanlah lagi pilihan utama dalam kesebelasan utama setelah ketibaan Klopp dan dijual ke Crystal Palace setahun selepas itu dengan hanya melakukan 14 penampilan dalam kesebelasan utama.

Walaupun gagal mendapatkan minit permainan dengan lebih banyak, Benteke tidak menyimpan dendam terhadap Klopp.

Dan pemain berusia 28 tahun itu berkongsi kekagumannya terhadap Klopp apabila bercakap mengenai pemergiannya dari Anfield.

Menurut Benteke :

“Klopp merupakan pengurus terbaik yang saya pernah bekerjasama, walaupun saya jarang bermain”.

Beliau mahukan pemain yang pantas di bahagian serangan. Saya faham dengan keputusannya”.

ADMIN

10 gol dari 42 penampilan, bukanlah terlalu teruk dari Benteke.

Beliau cuma tak sesuai dengan sistem Klopp.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman