Statistik Perlawanan Final UCL 2019 : Liverpool vs Tottenham Hotspurs

Sadio Mane bakal mencatatkan sejarah sekiranya beliau menjaringkan gol dalam perlawanan akhir hari ini.

Satu gol di Stadium Wanda Metropolitano oleh Mane hari ini bakal meletakkan beliau sebagai pemain Liverpool pertama yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir dalam dua edisi berterusan.

Selain itu, Mane akan menjadi pemain kedua di belakang Phil Neal yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan akhir UCL, di mana pemain itu melakukannya pada 1977 dan 1984.

Hari ini merupakan penampilan ke 9 Liverpool di pentas Final UCL. Mereka berjaya mempertahankan kejuaraan ketika musim 1976 – 1977 dan 1977 – 1978, serta musim 1983 – 1984 dan 1984 – 1985.

Berikut adalah beberapa statistik perlawanan menjelang Final UCL 2019 :

Dalam 9 perlawanan menentang Spurs, Klopp berjaya mencatatkan 4 kemenangan, 4 seri dan 1 kekalahan.

Kedua dua kelab hanya pernah bertemu sekali dalam kejohanan Eropah, iaitu pada 1972 1973 di mana mencatatkan kemenangan 3 – 2 dengan gol tempat lawan, dan seterusnya menjulang kejuaraan Eropah.

Liverpool dan Spurs hanya bertemu sekali dalam kejohanan piala domestik, dengan kemenangan 3 – 2 di Wembley selepas masa tambahan pada 1982 League Cup.

Musim ini, Liverpool telah memenangi kedua dua perlawanan ke atas Spurs dengan jaringan 2 – 1.

Jordan Henderson bakal menjadi kapten keempat dari Liga Inggeris yang beraksi dalam Final UCL sebanyak 2 kali, mengikuti jejak langkah Emlyn Hughes, Steven Gerrard dan pemain Nottingham Forest, John McGovern.

Mane merupakan pemain keempat dari Afrika yang menjaringkan gol dalam Final UCL. Sebelum ini ia dijaringkan oleh Rabah Madjer ( FC Porto – 1977), Samuel Etoo ( Barcelona – 2006 dan 2009) serta Didier Drogba ( Chelsea – 2012 ).

Jika Mane menjaringkan gol pada hari ini, beliau akan menjadi pemain kelapan yang menjaringkan 2 gol dalam Final UCL.

Ini merupakan perlawanan akhir Klopp ketiga dalam Final UCL – hanya Bob Paisley yang pernah melakukan 4 penampilan sebagai pengurus dalam Final UCL.

Kemenangan di Madrid ini bakal memberikan Liverpool kejuaraan keenam UCL, ketiga di belakang AC Milan ( 7 ) dan Real Madrid ( 13 ).

Liverpool telah menjaringkan 31 gol dalam 15 minit terakhir perlawanan pada 2018 2019, 6 gol daripadanya ketika UCL.

Ini merupakan penampilan ke 14 Liverpool dalam kancah Final kejohanan Eropah.

Spurs telah melakukan 4 penampilan dalam perlawanan akhir kejohanan Eropah, dengan Cup Winner’s Cup 1963, UEFA Cup 1972, 1974 dan 1984. Ini merupakan penampilan Final UCL pertama mereka.

Mauricio Pochettino telah memenangi 3 perlawanan ke atas Liverpool, seri 4 kali dan kalah 7 kali.

ADMIN

Berjayakah Liverpool untuk merangkul kejuaraan UCL keenam mereka hari ini?

Sama sama kita saksikan. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman