Xherdan Shaqiri Berazam Mahu Terus Kekal Di Liverpool

Pemain sayap itu ditanya mengenai masa depannya bersama The Reds.

Dan beliau menyatakan bahawa beliau akan kekal di Liverpool dan menepis segala khabar angin sebelum ini bahawa beliau mahu meninggalkan Liverpool.

Beliau menyertai The Reds dengan nilai £13.75 juta dari Stoke City dan mempamerkan prestasi memberangsangkan ketika perlawanan sebelum Krismas.

Selepas itu beliau hanya menerima minit permainan yang sedikit namun diturunkan ketika menentang Barcelona dalam aksi kedua separuh akhir UCL, dan seterusnya melakukan satu assist dalam perlawanan itu untuk Georginio Wijnaldum.

Dan Shaqiri hanya memanaskan bangku simpanan ketika perlawanan menentang Spurs dalam Final UCL, menyaksikan kelab itu menjulang kejuaraan UCL.

Beliau telah sedia maklum mengenai persaingan dalam kesebelasan utama kelab itu dan tidak berniat untuk meninggalkan kelab itu dalam masa terdekat.

Menurut Shaqiri menerusi Goal dan SPOX :

“Saya berada di Liverpool FC, kelab terbaik di Eropah buat masa sekarang”.

“Pengurus mempunyai banyak pilihan dan beliau menentukan siapa yang akan diturunkan. Saya tahu sebelum saya berpindah di sini mengenai persaingan yang wujud”.

“Saya mempunyai kontrak jangka panjang dan sudah pasti saya akan kekal di sini”.

ADMIN

Segala galanya sudah terjawab. Shaqiri akan kekal. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply