Pelan Taktikal Terperinci Pep Lijnders Yang Membantu Liverpool Merangkul UCL

Beliau mendedahkan bahawa perlawanan persahabatan tertutup dengan “Benfica B” merupakan kunci utama dalam persediaan untuk ke Madrid.

Dan beliau percaya pendekatan terperinci yang disusun ketika kem latihan di Marbella merupakan pendekatan yang membuahkan kejayaan buat kelab untuk merangkul gelaran UCL keenam mereka pada Ahad lepas.

Pengurus Benfica B, Renato Paiva mendedahkan bahawa mereka bersetuju untuk meletakkan formasi 4 – 2 – 3 – 1 dan dikehendaki menggunakan pendekatan dan taktikal yang hampir serupa dengan Spurs yang akan dihadapi mereka. Dan pelan itu berjaya dan menjadi salah satu ujian kepada Liverpool secara taktikal.

“Saya berpendapat Liverpool telah mengenalpasti pelan mereka, dan mereka sangat teliti dalam segenap aspek dalam permainan mereka”.

“Jika anda menganalisis semula perlawanan akhir itu, Liverpool lebih banyak menggunakan fikiran manakala Spurs banyak menggunakan naluri hati. Saya berpendapat pemikiran mereka telah menjurus ke arah kejuaraan mereka”.

Pep Lijnders sebelum ini amat berbangga dengan pemain – pemain yang bersatu untuk memastikan kejayaan dibawa pulang dari Madrid.

Berikut adalah kenyataan yang diberikan oleh Pep Lijnders sebelum ini :

“Jika anda percaya dengan proses ini yang sangat penting buat pasukan, dan anda percaya ianya amat bermakna, serta percaya akan pelan terperinci ini, maka anda percaya dengan apa yang kami lakukan”.

“Jika anda lihat kepada pemenang, ada yakin dapat melihat pelbagai aspek terperinci dalam sistem kami. Perlawanan persahabatan tertutup dengan Benfica B adalah contoh perlawanan yang baik”.

“Kami berlatih untuk mengenalpasti identiti pemain. Bila kami melakukan itu, semua pemain akan berfikir sepertimana kami tugaskan untuk mereka”.

“Saya amat berbangga kami dapat menjuarai piala ‘bertelinga besar’ ini. Ini adalah satu impian yang menjadi kenyataan ketika anda masih muda”.

“Saya mendedikasikan kejayaan ini kepada semangat berpasukan kami, ramuan penting untuk kejayaan kami pada musim ini. Ianya bukan mudah untuk berada di mana kami berada, namun kejayaan ini sukar dipercayai terutama di hadapan peminat setia dan semua pemain”.

“Saya hanya mahu menyatakan; tolonglah, kekalkan semangat, keinginan dan misi ini untuk musim seterusnya”.

“Sebelum perlawanan kami memperingatkan mengenai kekuatan, tugas dan semangat. Perlawanan akhir anda harus menyerang dengan yakin, perasaan tidak gentar dan mempunyai mentaliti untuk menang’.

“Pemain ini layak mendapat sesuatu musim ini. Saya mahu menyampaikan satu mesej kami kepada dunia bahawa …. “

“We conquered all the Europe ….”

“We Never Gonna Stop … “

ADMIN

Rahsia kemenangan Liverpool. Pelan taktikal terperinci. Beliau adalah “brain” sebenar untuk Klopp.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman