Virgil Van Dijk Mahukan Kontrak Baru Di Liverpool

Pemain itu masih mempunyai baki kontrak 4 tahun di Liverpool ketika ini.

Dan permohonan kontrak baru itu adalah untuk menjamin komitmennya bersama Liverpool selepas membantu pasukan itu menjulang kejuaraan UCL.

Terdapat laporan pada Rabu lepas di mana pemain itu mahu membincangkan kontrak baru beliau bersama The Reds.

Namun Echo difahamkan tiada perbincangan dilakukan antara kelab, Van Dijk dan wakil beliau ketika ini.

The Reds sedia maklum mengenai impak yang diberikan pemain kebangsaan Belanda sejak menyertai Liverpool dari Southampton dengan nilai £75 juta.

Liverpool sekarang masih mengutamakan perbincangan kontrak lanjutan untuk beberapa pemain seperti James Milner, Divock Origi dan Joel Matip yang kini kontrak mereka memasuki 12 bulan terakhir.

Van Dijk bersama wakilnya tidak terburu buru untuk menandatangani kontrak baru di Liverpool dan yakin persetujuan boleh dicapai dengan mudah.

Pemain berusia 27 tahun ini merupakan pemain pertahanan termahal dunia dan juga antara penerima gaji tertinggi di Anfield.

ADMIN

Biasanya kelab yang kemukakan kontrak, ni player minta kontrak baru. Lain macam. Haha.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman