Van Dijk Dan Wijnaldum Bantu Netherlands Ke Final UEFA Nations League

The Oranje berjaya menewaskan England 3 – 1 dalam perlawanan di Guimaraes awal pagi tadi.

Masih bersemangat ketika membantu Liverpool menjuarai UCL minggu lepas, mereka bermain selama 120 minit termasuk masa tambahan setelah kedudukan terikat 1 – 1 pada masa sebenar perlawanan.

Kapten Liverpool, Jordan Henderson diturunkan pada separuh masa kedua manakala Trent Alexander Arnold dan Joe Gomez hanya memanaskan bangku simpanan.

Marcus Rashford menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke 32, sebelum De Ligt menyamakan kedudukan menerusi satu tandukan padu yang terhasil menerusi sepakan sudut pada minit ke 73.

Tetapi memasuki masa tambahan, jaringan sendiri Kyle Walker dan kesilapan mudah terutama dari John Stones memboleh Quincy Promes menjaringkan gol ketiga dan seterusnya membawa Netherlands ke perlawanan akhir untuk bertemu Portugal pada Ahad ini.

Manakala England akan menentang Switzerland yang diwakili Xherdan Shaqiri pada perlawanan hari yang sama untuk penentuan tempat ketiga.

Berikut adalah highlight perlawanan antara Netherlands dan England semalam.

Sterling Captain?

ADMIN

Football is the game of mistake. The team that make less mistake win.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply