Liverpool Mengesahkan 5 Perlawanan Persahabatan Dalam Persiapan Musim 2019/2020

Mereka akan bergerak ke pelbagai tempat untuk melakukan persiapan Liga musim hadapan.

Dan The Reds bakal menghadapi beberapa perlawanan persahabatan sepanjang bulan Julai dan Ogos sempena latihan pramusim mereka.

Mereka akan memulakan persiapan kempen dengan perlawanan persahabatan pertama menentang pasukan League One, Tranmere Rovers pada Khamis 11 Julai 2019.

Kemudian mereka akan menentang pasukan League Two, Bradford City pada Ahad 14 Julai 2019 di Northern Commercial Stadium.

Perlawanan itu diadakan khas untuk mengisi dana Darby Rimmer MND Foundation, yang diasaskan oleh bekas pemain pertahanan Liverpool Stephen Darby yang mengalami penyakit motor neuron hingga memaksanya untuk bersara dari bolasepak.

Kemudian Liverpool akan bertolak ke Amerika Syarikat untuk kunjungan pramusim di negara tersebut.

Sebelum ini Liverpool dijadualkan menentang Borussia Dortmund di Indiana pada 19 Julai, kemudian menentang Sevilla di Boston pada 21 Julai dan Sporting Lisbon di New York pada 24 Julai.

Kemudian Liverpool kembali ke UK bagi menghadapi satu perlawanan persahabatan menentang Napoli, kali ini di Edinburgh pada 28 Julai.

Klopp akan membawa anak buahnya selepas itu untuk menjalani kem latihan di Evian selama seminggu, dengan satu perlawanan persahabatan dengan Lyon pada minggu itu pada 31 Julai di Geneva.

Dan persiapan pramusim mereka akan berakhir dengan perlawanan persahabatan menentang Schalke 04 di Anfield, pada Selasa 06 Ogos 2019.

Liverpool juga akan menentang Man City untuk perebutan Perisai Komuniti pada Sabtu 03 Ogos 2019 atau Ahad 04 Ogos 2019.

Liga akan bermula pada 10 Ogos 2019, manakala jadual liga akan dikeluarkan pada 13 Jun 2019.

ADMIN

Nampak macam busy Liverpool musim depan. Sampaikan ada perlawanan persahabatan di antara kem latihan dan kejuaraan.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply