Liverpool Melancarkan Jersi “Away” 2019 2020

Jualan bermula serentak di gedung rasmi kelab dan di atas talian.

Rekaan jersi ini mengambil inspirasi dari papan tanda jalanraya yang popular di sekitar Anfield, manakala bentuk kolarnya mengimbau kembali jersi yang digunakan oleh skuad kendalian Bob Paisley ketika menjuarai Kejohanan Eropah pada 1977.

Seperti jersi “home” pada 2019 2020, warna putih dan biru gelap itu memaparkan tandatangan Bob Paisley pada sebelah dalam kolar leher, untuk memberi penghormatan kepada ulangtahun kelahiran beliau ke 100 pada tahun ini.

Jersi tersebut lengkap dengan seluar berwarna biru gelap dan juga stokin berwarna putih, manakala jersi penjaga gol pula adalah berwarna hijau.

Berikutan kejayaan Liverpool menjulang UCL minggu lepas, peminat mempunyai pilihan untuk menambah 3 patch rasmi UCL pada lengan baju, iaitu patch trofi UCL 2019, Sixth Time Winner dan patch Respect.

ADMIN

Untuk keterangan lanjut, anda boleh menghubungi laman web rasmi Official Online Store.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply