Sembilan Pemain Akan Meninggalkan Liverpool Musim Ini

The Reds telah mengeluarkan senarai pemain yang akan kekal musim ini sambil beberapa pemain muda akan ditawarkan kontrak baru.

Dan sekurang kurangnya 9 pemain yang akan dilepaskan, merangkumi pemain skuad utama dan juga pemain Akademi.

Liverpool dilaporkan menawarkan kontrak baru untuk Bobby Adekanye, walaupun sebelum ini beliau difahamkan enggan menyambung kontrak bersama Liverpool dengan Lazio dan Barcelona berminat untuk khidmat beliau.

Adekanye yang direkrut dari Barcelona pada 2017, belum lagi melakukan penampilan dalam skuad Bawah 23 Tahun ketika ini.

Tujuan Liverpool mahukan kontrak baru itu untuk jaminan mendapat bayaran pampasan jika pemain itu membuat keputusan untuk berhijrah.

Dari skuad utama, Daniel Sturridge dan Alberto Moreno dijangka akan meninggalkan kelab walaupun kontrak sebenar mereka akan tamat pada 30 Jun ini.

Begitu juga dengan Connor Randall, yang telah bermain sebanyak 8 kali di bawah Klopp dan juga penjaga gol Adam Bogdan, yang melakukan penampilan terakhir sejak 2016. Kedua pemain ini berada di bangku simpanan ketika perlawanan kompetitif pertama Klopp bersama Liverpool pada Oktober 2015.

Dari Akademi pula, nama nama seperti Juanma, Conor Masterson, Glen McAuley, Corey Whelan dan Ben William akan dilepaskan.

Namun begitu Liverpool telah menawarkan kontrak baru kepada beberapa pemain Akademi seperti penjaga gol Daniel Atherton, pertahanan George Johnston, pemain sayap Abdi Sharif dan pemain tengah Edvard Tagseth.

ADMIN

Good luck untuk semua pemain yang dilepaskan. Thanks for everything. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply