Media : Robbie Fowler Melakukan Aksi “Gimik” Henderson Menjulang Kejuaraan UCL

Skuad Liverpool Legends mencatat kemenangan dramatik 3 – 2 ke atas Dortmund Legends di Hong Kong.

Dan sebelum ini, Liverpool telah membawa kejuaraan kedua UCL ke Anfield setelah menewaskan Spurs 2 – 0 di Madrid.

Ianya memerlukan masa 14 tahun untuk Liverpool menjulang kembali piala berprestij Eropah ini setelah Rafa Benitez bersama sama Steven Gerrard, Jamie Carragher dan pemain ketika itu menjulangnya ketika di Istanbul.

Namun untuk generasi pemain lewat 80 an dan 90 an, mereka tidak dapat membawa trofi berprestij itu ke Anfield ketika zaman mereka.

Dengan Liverpool tidak terlibat dalam kejohanan itu sejak 1985 hingga 2002, nama nama pemain seperti Robbie Fowler, Patrik Berger serta Jason McAteer tidak dapat untuk membawa trofi berprestij itu ke Anfield, sementara Steve McManaman berhijrah ke Real Madrid untuk bersama sama kelab itu menjulang kejuaraan UCL.

Hinggalah hari ini di Hong Kong.

Ketika itu Liverpool Legends meraikan menewaskan Dortmund Legends hasil daripada dua jaringan Salif Diao dan penalti daripada Robbie Fowler.

Dan perhatikan video yang dimuatnaik Robbie Fowler menerusi laman Instagram beliau.

Seperti julang UCL.

Ketika itu bekas pemain Liverpool sedang meraikan kejayaan bersama peminat, dan McAteer terlihat belon Trofi UCL 6 dan meminta untuk peminat itu memberikan belon tersebut.

Setelah memberikan belon Trofi UCL itu kepada Fowler, lagenda Liverpool itu melakukan “gimik” menjulang kejuaraan UCL seperti yang dilakukan Jordan Henderson pada minggu lepas.

ADMIN

Walaupun tak pernah julang kejuaraan UCL, mereka adalah sebahagian dari lagenda yang pernah menceriakan kita di zaman lewat 80 an dan 90 an.

YNWA Robbie Fowler.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply