Media : Roberto Firmino Menjaringkan Gol Dan 7 Lagi Reds Beraksi

Bobby diturunkan dalam separuh masa kedua dengan Brazil mencatatkan kemenangan besar 7 – 0 ke atas Honduras.

Selain itu, Alisson Becker juga diturunkan dalam perlawanan pemanas badan sebelun kejohanan Copa America pada 15 Jun ini.

Bobby is back!

Manakala dalam kejohanan UEFA Nations League, 5 lagi pemain Liverpool beraksi dalam kejohanan tersebut.

Virgil Van Dijk dan Georginio Wijnaldum bersama sama skuad Netherlands yang tewas 1 – 0 ke atas Portugal dalam Final UEFA Nations League.

Manakala Trent Alexander Arnold dan Joe Gomez beraksi sepanjang 120 minit ketika aksi penentuan tempat ketiga / keempat kejohanan yang sama, dengan England mencatat kemenangan 6 – 5 menerusi sepakan penalti setelah terikat 0 – 0 dengan Switzerland selepas masa tambahan.

Xherdan Shaqiri bermain selama 65 minit perlawanan tersebut, dan Jordan Henderson tidak diturunkan berikutan kecederaan.

ADMIN

Ada defend Liverpool baru susah nak tengok mistake. Haha.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman