Liverpool Tidak Berhasrat Mendapatkan Max Kruse : Klopp Mahu Origi dan Brewster Kekal

Pemain dari Bundesliga itu sebelum ini dikaitkan dengan Liverpool sebagai ‘back up’ kepada Mo Salah, Mane dan Firmino.

Dan Liverpool tidak berhasrat mendapatkan kapten Bremen Max Kruse – di mana Klopp tidak mahu menjejaskan peluang Rhian Brewster di Liverpool serta berpuas hati dengan peningkatan prestasi Divock Origi.

Pemain berusia 31 tahun itu dilaporkan akan meninggalkan Werder Bremen secara percuma setelah kontraknya tamat – namun Echo difahamkan bahawa Klopp tidak mahukan pemain itu buat masa sekarang.

Klopp berpendapat Kruse terlalu berumur dan mahu membangunkan bakat Brewster selain mahu memberi kepercayaan kepada bakat muda di Liverpool.

Kelab juga berharap Origi akan menandatangani kontrak baru di Liverpool dengan kelab mahukan beliau memberikan impak yang sama seperti dilakukan musim ini.

Namun ia tidaklah bermakna Liverpool tidak aktif dalam pasaran perpindahan untuk penyerang kali ini, cuma mahukan pemain yang tepat untuk kelab dan harga yang berbaloi.

Liverpool mengambil pendekatan yang serupa dengan khabar angin terhadap Timo Werner, di mana Klopp enggan berbelanja besar dan lebih tertarik dengan perkembangan Rhian Brewster.

Sebelum ini Echo pernah melaporkan bahawa Liverpool tidak akan berbelanja besar seperti musim ini, dengan Klopp amat gembira dengan skuad sedia ada sekarang.

Liverpool mengakhiri liga di tangga kedua EPL musim ini dengan 97 mata, dan Klopp berpendapat hanya sedikit perubahan yang perlu dilakukan untuk musim hadapan.

Ini bermakna perbelanjaan besar besaran seperti yang dilakukan oleh Klopp dengan nilai £170 juta tidak akan dilakukan lagi.

ADMIN

Jadi, kita akan lihat perkembangan pemain Akademi mungkin? Apa pun Klopp lakukan, ia terbaik untuk kelab. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply