Perpindahan Liverpool Jadikan Ia “Kuasa Baru EPL” – Dan Man United Mengetahuinya

Perbelanjaan mega musim lepas menjadikan ianya watak penting buat Liverpool untuk musim ini dan kelab seteru itu seperti sudah menjangkakan sesuatu.

Dan dengan nilai perbelanjaan perpindahan keseluruhan bernilai £170 juta untuk empat pemain sahaja, telah memberikan Liverpool kejuaraan pertama sejak sekian lama selain daripada melangkah ke Final UCL sebanyak 2 kali dalam dua musim.

Xherdan Shaqiri, Fabinho dan Alisson tiba pada musim panas lepas, manakala Naby Keita akhirnya tiba setelah persetujuan perpindahan itu termeterai sejak setahun sebelum itu.

Setiap pemain yang dibawa masuk mempunyai tugasnya tersendiri di bawah Klopp.

Shaqiri dibawa masuk untuk menambahkan kekuatan di barisan serangan, dengan memberikan lebih versatil di bahagian serangan setelah menyertai dari Stoke dengan harga yang cukup murah iaitu £13 juta.

Naby Keita pula menyuntik sesuatu yang dinamik di bahagian tengah yang buntu pada waktu tertentu, dan Fabinho memberikan kekuatan pada bahagian tengah.

Alisson adalah satu penambahbaikan dari Loris Karius, di mana dua kesilapan beliau pada Final UCL 2018 menyebabkan Liverpool kehilangan kejuaraan UCL ketika itu.

Liverpool berbelanja besar sebelum ini dan akan dinilai sekali oleh peminat bagaimana mereka memburu sesuatu kejuaraan lagi bermula musim panas hadapan.

Kejuaraan Eropah hanyalah permulaan.

Mereka mencabar kejuaraan liga pada tahap 97 mata dan sekaligus meraih kejuaraan Eropah, dan selepas ini akan cuba untuk meletakkan kelab di antara yang terbaik di dunia dalam masa beberapa tahun lagi.

Dan perkara ini telah diramalkan oleh Jose Mourinho sejak awal musim lepas.

Beliau telah meramalkan bahawa Klopp akan terus membina legasinya di Anfield, sambil mengharapkan pasukannya melakukan sesuatu yang serupa di Old Trafford.

Mourinho berkata pada Ogos tahun lepas :

“Kelab lain yang akan bersaing dengan kita memang kuat mempunyai pasukan yang bagus”.

“Dan mereka sedang melabur sesuatu seperti Liverpool, mereka membeli sesiapa sahaja yang mereka mahukan”.

“Jika kita di sini tidak melakukan sesuatu, ia akan menjadi musim yang sukar buat kita”.

Beberapa bulan selepas itu, Mourinho menyatakan lagi mengenai Liverpool yang begitu agresif dan pendekatan pintar dalam pasaran perpindahan.

“Saya berpendapat, Liverpool mahu membeli kejuaraan. Bukan saya bermaksud membeli piala tetapi dengan pelaburan pemain dengan bijak”.

“Jika anda mempunyai wang, ianya lebih baik anda melaburkan dengan bijak dari menyimpannya di bank. Kerana faedahnya lebih tinggi”.

“Namun masalahnya anda harus mengambil pendekatan berhati hati dalam pelaburan dan Liverpool telah melakukan tugas mereka dengan cukup baik iaitu membeli pemain berkualiti dan saya gembira mengenai itu”.

“Tetapi musim ini anda berharap Liverpool akan memenangi sesuatu”.

“Saya tidak melihat pasukan lain yang melabur pada tahap mereka, pasukan finalis UCL dan anda terpaksa mengakui mereka mempunyai potensi besar”.

“Di akhirnya, mereka harus memenangi sesuatu”.

Ianya merupakan satu ramalan dari pengurus dari Portugal itu. United seterusnya gagal mendapatkan pemain yang mereka mahukan, bergelut dengan prestasi dan tidak kreatif seperti sebelumnya.

Masalah semakin memuncak dan Mourinhi disingkirkan dari jawatan pengurus pada Disember, dengan Ole Gunnar Solksjaer mengambil alih namun masih mengalami situasi yang sama setelah menandatangani kontrak tetap pada Mac lepas.

Manakala skuad Klopp mengalami nasib yang berbeza. Mereka memburu kejuaraan hingga hari terakhir EPL, hanya tewas dengan Man City dalam perbezaan satu mana tetapi mencatatkan rekod kutipan mata tertinggi dalam sejarah iaitu 97 mata.

Dan tiga minggu berikutnya, mereka berjaya meraih trofi major pertama dalam UCL setelah menewaskan Spurs 2 – 0 dan membuktikan apa yang dibina Klopp sejak Oktober 2015 adalah benar.

Meskipun Liverpool mengambil langkah untuk tidak meneruskan perbelanjaan besar seperti musim lepas, kelab itu bakal menjadi ancaman kepada Man City untuk mencabar tiga kejuaraan domestik miliknya.

Perpindahan musim panas lepas merupakan satu pelaburan yang bijak oleh Klopp, dan sudah semestinya Man United telah mengetahui lebih awal tentang apa yang mereka labur dan jangkakan.

ADMIN

Kita mendapatkan Alisson dan Fabinho dah cukup membuktikan kepada Man United, mereka nak mencabar kejuaraan.

Namun tiada rezeki, tetapi rezeki UCL tidak pernah salah alamat.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply