Liverpool Dan Alex Oxlade Chamberlain Hampiri Persetujuan Kontrak Baru

Ianya menyaksikan tambahan 12 bulan kepada kontrak sedia ada yang membolehkan beliau kekal di Anfield hingga 2023.

Difahamkan juga kontrak itu bakal meningkatkan gaji yang diterima Ox hingga £120,000 seminggu.

Ketika ini beliau telah kembali beraksi dalam skuad utama Liverpool berikutan kecederaan lutut yang serius pada April 2018 ketika perlawanan separuh akhir UCL menentang Roma.

Ketika beliau hampir pulih, beliau sekali lagi mengalami sedikit kecederaan hingga terpaksa dikeluarkan sebelum separuh masa pertama ketika aksi bersama Liverpool Bawah 23 Tahun pada Mac lepas.

Namun begitu beliau sempat diturunkan selaku pemain gantian setelah pulih ketika menentang Huddersfield dan Wolves.

Alex Oxlade tidak diturunkan semasa perlawanan akhir UCL 2019 ketika menentang Spurs di Madrid.

ADMIN

Wajib kekalkan. Beliau telah berusaha dan telah mengharungi kesukaran untuk kembali bermain. YNWA Ox.

Sumber : Sky Sports

Post Author: Mohd Nuruzzaman