Liverpool Mahu £25 Juta Untuk Kelab Yang Berminat Dengan Dejan Lovren

Beliau merupakan subjek perpindahan utama musim ini dengan AC Milan bersedia untuk mendapatkan beliau sebagai perpindahan major utama.

Namun Liverpool telah membuka bidaan setinggi £25 juta bagi mana mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Terdapat laporan di Itali bahawa AC Milan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut dan telah memulakan perbincangan awal untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Croatia itu.

Namun Echo difahamkan bahawa AC Milan belum menghubungi Liverpool mengenai sebarang bidaan terhadap Lovren.

Ricky Massara hampir pasti akan dilantik menjadi Pengarah Sukan AC Milan dan beliau mengagumi pemain pertahanan itu, di mana hampir membawa beliau ke Roma ketika berkhidmat di sana.

Dan Massara mahu mendapatkan Lovren sebagai perpindahan major pertama beliau di AC Milan sekiranya dilantik menjadi Sporting Director di kelab tersebut.

Manakala Liverpool pula tidak akan melayan sebarang bidaan di bawah £25 juta untuk pemain itu, di mana The Reds tidak begitu terdesak untuk melepaskan pemain dengan kontrak beliau akan berakhir pada 2021.

Jika Lovren berjaya dijual dengan harga £25 juta, ianya satu kejayaan dalam urusniaga perpindahan pemain buat Liverpool di mana sebelum ini mendapatkan pemain itu dengan harga £20 juta dari Southampton.

Liverpool pula yakin dengan harga yang ditetapkan untuk pemain itu, dengan Sporting Director Michael Edward berjaya menjual pemain dengan harga semaksimum sejak beberapa perpindahan terdahulu.

Edwards dan pasukannya sedang meneliti harga pasaran perpindahan secara dekat dan menilai harga pemain Liverpool secara dekat dan selaras dengan harga pasaran perpindahan sekarang.

Namun begitu, sebarang potensi perpindahan akan memaksa Jurgen Klopp untuk masuk ke pasaran perpindahan untuk pemain bek tengah dengan hanya Virgil Van Dijk, Joe Gomez dan Joel Matip merupakan pemain bek tengah senior yang tinggal ketika itu.

Lovren sebelum ini merupakan pemain terbaik Liverpool ketika Final UCL 2018 sebelum bersama skuad Croatia pada Piala Dunia 2018.

Namun, kecederaan abdomen beliau selepas itu memaksa beliau tersisih dalam jangka waktu lama dan ini membolehkan Joe Gomez membentuk gandingan mantap bersama Van Dijk di awal musim 2018 2019.

Tetapi Joe Gomez pula mengalami kecederaan patah kaki pada Disember tahun lepas dan memaksa Matip diturunkan untuk bergandingan dengan Virgil Van Dijk.

Ironinya, Joel Matip pula mempamerkan persembahan terbaiknya bersama sama Virgil Van Dijk untuk baki musim 2018 2019 hingga Liverpool menjulang kejuaraan Eropah pada musim ini.

Setakat ini, Lovren hanya melakukan 18 penampilan bersama kelab dari 53 perlawanan Reds musim ini.

ADMIN

Jika harga jualan dipersetujui, kemungkinan Dejan Lovren akan berhijrah.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman