Klopp Di Tangga ke-2 Dalam Ranking Pengurus Terbaik Dunia

Pengurus Juara Liga Perdana, Manchester City, Pep Guardiola telah dinamakan sebagai jurulatih terbaik di dunia diikuti Jurgen Klopp, Zinedine Zidane dan Massimiliano Allegri.

Dalam ranking yang disenaraikan di Coachreputationranking.com sebuah laman web yang diuruskan oleh perunding bebas; Comunicar es Ganar, Guardiola menduduki puncak dengan 82.8 mata daripada 100, manakala Jurgen Klopp Liverpool menduduki tempat kedua dengan 80 mata. Zinedine Zidane, Real Madrid berada di tangga ketiga dengan 77.6 mata, dan Massimiliano Allegri dari Juventus (75.7 mata) di tempat keempat.

Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino (73.6), Atletico Madrid-Diego Simeone (71.5), Ernesto Valverde dari Barcelona (64.4), Unai Emery-Arsenal (62.1), Carlo Ancelotti dari Napoli (61.9) dan Chelsea-Maurizio Sarri (61.6) daripada sepuluh pengurus utama.

Pep Guardiola menamatkan musim 2018-19 dengan cemerlang, apabila beliau menjadi pengurus pertama untuk memenangi treble domestik di England (memenangi Piala FA, Piala Carabao & menjuarai Liga Perdana). Manchester City juga telah mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara namun ditewaskan oleh finalis UCL, Tottenham Hotspur.

Pencapaian terbesar Jurgen Klopp musim ini adalah kemenangan Liga Juara-Juara UEFA dengan Liverpool. The Reds juga menamatkan persaingan dalam Liga Perdana Inggeris dengan hanya satu mata di belakang juara, Manchester City. Klopp bakal memperaksikan anak buahnya dalam FA Community Shield, UEFA Super Cup serta FIFA Club World Cup.

Sementara itu, Mauricio Pochettino kagum dengan pencapaian Tottenham iaitu apabila berjaya membawa mereka ke final Liga Juara-Juara dan berada di tempat keempat di Liga Perdana. Valverde dan Allegri memenangi gelaran liga masing-masing dengan kelab Sepanyol dan kelab Itali Juventus, sementara Maurizio Sarri berjaya membawa Chelsea merangkul gelaran Liga Europa.

Admin: Papa Klopp nombor berapa pon tak kisah, yang penting effort dan taktikal yang beliau perkenalkan di Anfield itulah berharga.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds

Sumber : FoxSportAsia

Post Author: Wade Wilson