Roberto Firmino Bantu Brazil Catat Kemenangan 3 – 0 Ke Atas Bolivia

Penyerang Liverpool itu menyumbangkan satu assist buat bekas rakan sepasukan, Phillippe Coutinho untuk gol kedua Brazil dalam perlawanan pembukaan Copa America 2019.

Brazil bermula dengan agak perlahan dengan banyak percubaan liar dilakukan hingga keputusan terikat 0 – 0 hingga rehat separuh masa pertama.

Namun begitu skuad Selecao berjaya mendapatkan gol pertama menerusi sepakan penalti yang berjaya disempurnakan Phillippe Coutinho.

Beberapa minit selepas itu, Firmino berjaya melepasi kawalan pertahanan Bolivia, dan melakukan satu hantaran lambung dan kemudiannya disudahkan oleh tandukan jarak dekat Coutinho.

Namun Firmino dikeluarkan pada minit ke 65 dan digantikan dengan Gabriel Jesus, manakala seorang lagi pemain Liverpool iaitu Alisson bermain selama 90 minit dan jarang sekali diuji.

Dan lima minit sebelum tamat, penyerang Gremio Everton Soares ( bukan Everton FC ) melakukan satu sepakan lencong cantik untuk gol ketiga Brazil.

Saksikan highlight perlawanan Bra – Bol :

ADMIN

Bobby is back!

Sumber : ESPN

Post Author: Mohd Nuruzzaman