John Solano : Perpindahan Alisson Ke Liverpool Punca Kejatuhan AS Roma

Kelab Serie A itu gagal mencari pengganti Alisson – seterusnya menghadapi musim yang sukar.

Jika kita melihat 12 bulan sebelum, bayangkan jika kita mempunyai penjaga gol berkelas dunia ketika perlawanan akhir UCL 2018.

Namun selepas kekalahan berikutan kesilapan Loris Karius ketika Final UCL itu, beliau masih lagi diberikan peluang untuk membina keyakinannya dan Klopp masih memberi kepercayaan.

Dan dalam perlawanan pramusim, keyakinan Karius masih terjejas dalam beberapa siri perlawanan persahabatan, dan ketika itu juga Danny Ward diberikan peluang untuk bersaing mendapatkan slot penjaga gol nombor 1 kelab.

Segala galanya berubah apabila Alisson, yang merupakan sasaran Liverpool sebelum ini mahu dilepaskan Roma dengan harga yang mampu dibayar oleh kelab.

Tetapi Alisson sebelum itu telah dibolosi 7 kali oleh Liverpool ketika perlawanan separuh akhir UCL, yang menyaksikan kelab itu menempah slot ke Final UCL di Kiev dengan agregat 7 – 6.

Namun penjaga gol itu hanya melakukan kesilapan kecil ketika itu dan keupayaan beliau selaku penjaga gol berkelas dunia tidak dinafikan.

Sebab itulah Klopp tidak teragak agak untuk membayar harga setinggi £65 juta – satu rekod dunia dalam perpindahan penjaga gol buat sementara waktu.

Kembali ke masa kini, Liverpool merupakan juara baru Eropah buat kali keenam selepas menumpaskan Spurs pada perlawanan akhir – dan merupakan kuasa baru EPL yang membuatkan Man City berjuang untuk mempertahankam kejuaraan sepanjang musim hingga ke hari terakhir EPL.

Alisson turut memainkan peranan dalam menutup gawang Brazil dalam perlawanan pembukaan Copa America 2019 menentang Bolivia di mana mereka mencatatkan kemenangan 3 – 0.

Kualiti yang dimiliki beliau ketika bersama Liverpool jelas nyata menggambarkan situasi yang berlaku kepada bekas kelabnya, AS Roma.

Musim lepas, Roma di bawah Eusebio De Francesco merupakan pasukan yang banyak melakukan kejutan dan mempamerkan prestasi terbaik hingga ke separuh akhir UCL.

Namun musim ini mereka gagal mempamerkan prestasi seperti sebelumnya, dan lebih buruk lagi mereka gagal melayakkan diri ke UCL musim hadapan selepas mengakhiri liga di tangga keenam.

Di Francesco telah ditunjukkan jalan keluar oleh Ramon Monchi, dengan Claudio Ranieri menjadi pengurus sementara buat Roma hingga penghujung musim namun selepas ini Daniel Fonseca akan mengambil alih tampuk pengurus, yang merupakan individu pernah menjadi sasaran Everton satu masa lalu.

Dan John Solano, editor kepada romapress.net percaya keadaan ‘huru hara’ di Roma disebabkan oleh perpindahan Alisson ke Liverpool.

Bercakap menerusi Liverpool FC Podcast :

“Setelah menyaksikan mereka hanya dipisahkan dengan satu gol sahaja ke Final UCL musim lepas, secara jujur anda berfikir Roma akan mengalami satu lagi musim yang bagus dan saya tidak akan terfikir mereka akan menghadapi musim yang sukar”.

“Kesemua peminat mencari sebab menyalahkan situasi yang berlaku di Roma musim ini. Ramai peminat menyalahkan Eusebio, ramai peminat menyalahkan Monchi namun saya berfikir ianya berkaitan dengan pelbagai sebab”.

“Mereka kehilangan Alisson dan menggantikan dengan Robin Olsen, yang merupakan penjaga gol kebangsaan Sweden. Namun beliau sering melakukan kesilapan. Dalam Serie A, saya tidak memjangkakan perbezaan yang besar dalam pemain yang masuk dan keluar. Namun perbezaan ini sangat dramatik”.

“Bila kita bercakap mengenai Alisson, saya berpendapat beliau telah membantu memberikan 10 atau 11 mata buat Roma, dan separuh daripada mata itu sebenarnya boleh membantu kelab ini mara ke UCL. Jadi ia memberikan sebab kenapa penjaga gol berkelas dunia amat bernilai untuk kelab anda”.

“Alisson membuatkan Roma lebih baik di posisi tertentu yang Olsen gagal melakukannya. Ditambah lagi dengan kesilapan individu yang dilakukan Olsen, ia menjadikan mimpi buruk untuk kelab dan memaksa kelab berada di posisi untuk membayar harga yang tinggi untuk penjaga gol berkelas dunia”.

Manakala Liverpool tidak perlu berbelanja untuk mendapatkan penjaga gol lagi dengan membenarkan Alisson menyesuaikan diri dengan kelab untuk tahun seterusnya.

Solano sendiri pernah menyatakan kepada Echo sebelum ini di mana Alisson bakal membawa Liverpool bersaing dengan hebat kepada juara bertahan Man City – dan kata kata beliau sememangnya benar.

Tambah Solano :

“Beliau sememangnya berbaloi dengan harga belian dan meningkatkan potensi Liverpool”.

“Saya berpeluang menyaksikan beliau bermain sekali sekala dan beliau meningkatkan prestasi dengan baik seperti yang saya fikirkan sebelum ini. Sebelum ini saya berpendapat beliau memerlukan sedikit masa untuk beradaptasi dengan corak liga berlainan dan gaya permainan yang lain, semestinya lebih berfizikal namun teknikal beliau sama seperti yang kami saksikan di Roma”.

“Dan saya pernah bercakap pada musim lepas di mana beliau bakal menjadi 5 penjaga gol terbaik selepas satu musim penuh di Roma, tetapi beliau berjaya melakukannya di Liverpool dengan membantu kelab itu menjulang kejuaraan UCL”.

“Beliau berjaya melakukannya dan saya menganggap beliau adalah satu daripada dua penjaga gol terbaik dunia sekarang. Saya gembira dengan beliau, beliau seorang yang baik dan saya gembira beliau mendapatkan segala galanya di luar Roma”.

ADMIN

Alisson adalah final jigsaw puzzle untuk kejayaan skuad Liverpool musim 2018 2019. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman