Pesanan Virgil Van Dijk Untuk Peminat Di Akhir Musim 2018 2019

Beliau berazam mahu membantu Liverpool mencatatkan lebih banyak kejayaan setelah berjaya membawa kelab menjulang kejuaraan UCL.

Pemain ini mengimbau kembali kenangan di mana beliau membantu Liverpool menjulang kejuaraan UCL keenam, serta menjadi kapten Netherlands untuk beraksi di Final UEFA Nations League selepas itu.

Dan berikut adalah kenyataan Van Dijk menerusi laman sosial beliau :

“Saya telah berehat selama beberapa hari yang merupakan musim terbaik yang saya lalui”

“Kami telah mencapai kejayaan di Liverpool sebagai satu pasukan dan saya berbangga dapat bermain bersama kelab yang hebat di samping pemain yang bagus. Untuk menjadi juara Eropah, ianya impian menjadi kenyataan. Kami laparkan kejayaan lain dan bersedia untuk memberikan segalanya untuk mencapai kejayaan lain lagi”.

“Saya juga teruja dengan pencapaian skuad kebangsaan dan akan terus membina masa depan yang lebih baik selepas ini”.

“Terima kasih atas sokongan anda beberapa bulan sebelum ini dan kita akan berjumpa semula bulan hadapan dengan semangat yang baru!”

Big Man Virgil

ADMIN

Thanks Virgil. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman