Presiden UEFA Berazam Melakukan Perubahan Untuk Venue Final UCL Selepas Ini

Ini berikutan pihak UEFA menerima permohonan tiket hampir 1 juta pada Final UCL melibatkan Liverpool dan Spurs.

Dan Presiden UEFA Aleksander Ceferin mengakui mereka akan melakukan penilaian untuk venue perlawanan akhir berikutan permintaan yang tinggi terhadap tiket perlawanan akhir tersebut.

Pada perlawanan akhir UCL lepas, Liverpool dan Spurs diperuntukkan masing masing hanya 16,000 tiket manakala stadium Wanda Metropolitano boleh memuatkan 67,829 penonton.

Dan Ceferin berazam akan menilai venue yang bersesuaian untuk perlawanan akhir tersebut, di mana Final UCL seterusnya akan berlangsung di Ataturk Stadium di Turki.

Bercakap di Oxford University, Ceferin berkata :

“Apa yang berada dalam fikiran saya adalah kami harus menganjurkan perlawanan akhir di venue yang besar – walaupun terpaksa bermain di venue yang sama 4 atau 5 kali”.

“Kami memperuntukkan 62,000 tiket sahaja sedangkan terdapat 980,000 permintaan ketika itu. Jika kami mengadakan Final di Wembley mungkin kami akan dapat 30,000 tiket tambahan lagi”.

“Mungkin acara sebegini besar perlu dianjurkan di venue yang besar”.

“Namun perlawanan akhir lain seperti Europa League haruslah dikongsi bersama dengan individu lain yang mencintai bolasepak”.

Ceferin sebelum ini telah mengkritik kelab Inggeris berikutan keputusan mereka untuk mengadakan perlawanan akhir Europa League di Baku, Azerbaijan.

Menurut Ceferin :

“Saya disokong oleh 76% ahli badan bolasepak Eropah untuk jawatan ini namun tidak buat England. England menyokong calon yang lain”.

“Di mana kita mempunyai kelab Inggeris, bersama aduan mereka adalah sungguh gila! Anda tidak akan meraih populariti dengan cara sebegitu!”.

“Jika seseorang bertanya kenapa kita mengadakan perlawanan di Baku, saya akan berkata orang tinggal di sana. Homo sapiens wujud di sana”.

“Mereka tidak melakukan aduan jika menonton perlawanan bolasepak pada jam 11 malam kerana zon masa yang berbeza”.

“Jika dua pasukan Azerbaijan bermain perlawanan akhir di London, sudah pasti tiada aduan dilakukan. Mereka akan bermain tanpa banyak masalah”.

“Kami telah membuat keputusan sejak setahun setengah dahulu bahawa perlawanan akhir Europa League bakal diadakan di stadium Baku yang boleh memuatkan kapasiti 70,000. Saya rasa hanya satu sahaja stadium di England yang mempunyai kapasiti sebanyak itu”.

“Jadi kita dapat berkongsi kegembiraan mereka di sana yang dapat menyaksikan bintang bolasepak secara dekat”.

“Kami harus memupuk pembangunan bolasepak di seluruh Eropah, dan bukan hanya bolasepak Germany dan England sahaja”.

ADMIN

Habislah Chelsea dan Arsenal kena “smash” Presiden UEFA. Dan kali ini, acara Final akan diadakan di stadium yang besar.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman