Jordan Henderson : Seorang Ayah, Seorang Anak Dan Kapten Liverpool FC

Setelah 2 minggu kejayaan di Madrid, anak perempuannya iaitu Elexa dan Alba faham apakah sesuatu yang bernilai untuk ayahnya.

Dan kedua dua anak perempuannya telah membuat kejutan sebagai hadiah Hari Bapa.

Kapten Liverpool ini dikenali dengan sikap merahsiakan kehidupan peribadinya, dengan isterinya Rebecca dan kedua dua anak perempuannya jarang ditunjukkan di laman sosial.

Namun kali ini beliau berkongsi bersama peminat secebis kehidupan peribadinya, dengan berkongsi kad ucapan yang diterima dari anak anaknya sempena Hari Bapa.

Selain daripada kehidupan yang lebih baik dengan pendapatan tinggi, beliau juga adalah seseorang yang sukakan sesuatu yang sentimental.

Menerusi laman Instastory beliau, ianya memaparkan lukisan anaknya mengenai trofi kejuaraan UCL yang dijulang ayahnya 15 hari lepas.

Lovely dari anak anaknya

Dan beliau tahu betapa istimewanya hadiah itu dengan meletakkan emoji “love”.

Namun beliau tidak sekali kali melupakan ayahnya.

Selepas kejayaan di Madrid, Henderson ketika itu meraikan kejayaan bersama sama ayahnya Brian yang sebelum ini telah berjuang untuk melawan penyakit kanser yang dialaminya.

Dan Henderson memastikan ayahnya juga menerima penghargaan yang sama.

Hendo bersama ayahnya

ADMIN

Dan daripada kami, Happy Birthday skip! YNWA.

Our legend. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman