Misi Sadio Mane : Saya Mahu Bermain Lebih Baik Lagi Pada Musim Seterusnya

Beliau yakin akan mengalami musim yang lebih baik dari segi perkembangan prestasi apabila musim 2019 2020 bermula.

Musim lepas menyaksikan Sadio Mane meledakkan 26 gol dalam semua kejohanan, di mana sumbangan beliau telah membawa Liverpool untuk menduduki tempat kedua EPL dengan kutipan mata tertinggi iaitu 97 mata selain dari membantu kelab itu menjuarai UCL buat kali keenam.

Namun Mane mahukan peningkatan prestasi, dengan Jurgen Klopp mahu anak buahnya memburu beberapa kejuaraan lagi pada Ogos hadapan.

Menurut Mane :

“Saya berpendapat saya telah memperbaiki penyudah saya di hadapan gol”.

“Ianya sesuatu yang positif kerana saya telah cuba meningkatkan prestasi saya dari tahun ke tahun, dan ianya penting untuk perkembangan karier saya. Saya akan bekerja keras untuk menjadi lebih baik”.

Selain dari mencabar kejuaraan EPL sepanjang musim lepas, Liverpool tidak terkalah dalam 6 perlawanan UCL di Anfield.

Dan Mane menjelaskan mengenai peranan penyokong untuk menbantu pencapaian pemain di Liverpool.

“Mereka memainkan peranan penting pada musim lepas”.

“Mereka sentiasa di samping kami ketika kami mengharungi perlawanan yang sukar. Teruskan kerana kami memerlukan anda. Ianya sangat penting”.

“Ini menjadikan kelab ini sangat istimewa. Sesekali kami memgalami hari yang sukar namun penyokong sentiasa memberikan kami motivasi. Ianya sesuatu yang positif buat saya dan pasukan”.

Dengan skuad yang stabil telah dibina di Liverpool, Mane menjangkakan Liverpool akan bersaing semula untuk perebutan kejuaraan lagi pada musim hadapan.

“Kita mempunyai pasukan yang hebat. Masa depan selepas ini pastinya mengujakan. Kami akan terus mencuba untuk mencatatkan lebih banyak kejayaan selepas ini”.

ADMIN

Bagus anak muda. Semangat ini kita perlukan. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman