Sheyi Ojo Hampir Pasti Menyertai Rangers Secara Pinjaman Musim Hadapan

Beliau dijangka akan menyertai skuad kendalian Gerrard dan akan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Pemain berusia 21 tahun ini telah menyertai Liverpool sejak berumur 14 tahun dari MK Dons, sebelum telah melakukan 13 penampilan senior bersama skuad utama The Reds.

Oji sebelum ini telah dipinjamkan ke Reims, dan pernah dipinjamkan ke Wolves, Fulham dan Wigan.

Namun beliau tidak dapat menunjukkan prestasi sebenarnya di Ligue 1 dengan hanya beraksi 17 kali dan 1 jaringan gol.

Neil Jones dari Goal menyatakan bahawa Liverpool percaya Ojo dapat meningkatkan prestasi dan pengalamannya di Rangers dengan Steven Gerrard pernah bersama beliau ketika di Liverpool.

Selain itu juga, kelab Merseyside itu berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Ryan Kent di Rangers musim lepas dan berharap Gerrard dapat membantu Ojo selepas ini.

Kent sebelum ini telah menunjukkan prestasi yang baik ketika di Ibrox, dengan melakukan 43 penampilan dan meraih Pemain Muda Terbaik Scotland untuk musim itu.

Kent juga dilaporkan mahu bermain dalam kesebelasan utama musim hadapan, dengan kelab Scotland itu mahu mendapatkan pemain itu secara pinjaman semusim lagi.

Namun Kent mahukan perpindahan tetap ke Ibrox namun Rangers tidak dapat memenuhi permintaan Liverpool yang setinggi £12 juta untuk pemain berusia 22 tahun itu.

Jika Ojo melengkapkan perpindahan ke Ibrox, beliau akan menjadi pemain kelima menyertai skuad Gerrard musim ini.

Gerrard mungkin berhasrat untuk mencabar kejuaraan Liga Scotland musim ini setelah Rangers menduduki tempat kedua musim lepas.

Rangers juga akan bersedia untuk mengetahui siapakah pencabar mereka dalam kelayakan Europa League dengan lawan mereka hanya akan diketahui hari ini.

ADMIN

Jika itu yang terbaik untuk Ojo, silakan. YNWA.

Sumber : Daily Mirror via Goal.com

Post Author: Mohd Nuruzzaman