Brazil dan Venezuela Terikat 0 – 0 Dalam Pertemuan Copa America

Ketiga tiga gol yang melibatkan Roberto Firmino dibatalkan oleh VAR.

Ini merupakan kekecewaan terbaru oleh pasukan pilihan dalam Copa America dengan Venezuela mempamerkan corak bertahan yang cukup kental untuk mengekang asakan Brazil sejak dari awal perlawanan lagi.

Separuh masa pertama menyaksikan Brazil bermula garang dengan menguasai bola di awal perlawanan, melakukan pergerakan pergerakan kreatif dan menekan Venezuela namun mereka kental bertahan dan tidak memberikan banyak peluang buat Brazil untuk melakukan percubaan.

Namun Venezuela hampir mendapat peluang untuk mendahului dengan satu tandukan Salomon Rondon namun hanya sipi dari gol Brazil.

Sebelum rehat separuh masa pertama, Brazil menjaringkan gol menerusi Firmino tetapi dibatalkan oleh VAR kerana didakwa melakukan kekasaran terlebih dahulu ke atas pertahanan Venezuela.

Separuh masa kedua menyaksikan Gabriel Jesus dimasukkan untuk menambahkan sengat serangan Brazil, dan hampir membuahkan hasil apabila Gabriel Jesus menyumbat gol selepas bertukar tukar hantaran dengan Firmino tetapi sekali lagi dibatalkan kerana ofsaid.

Dengan masa yang semakin menghampiri tamat waktu permainan, Liverpool terus menekan Venezuela tetapi penyudah yang tumpul serta Venezuela semakin kurang berminat untuk menyerang dan lebih banyak berkampung di kawasan sendiri.

Dan malam itu hampir menjadi malam Brazil apabila Coutinho menjaringkan gol menerusi tolakan jarak dekat tetapi buat kali ketiganya pengadil memberikan isyarat sepasukan percuma, dengan mendakwa bola itu terkena kepada Firmino yang berada dalam kedudukan ofsaid sebelum menerjah gawang.

Walaupun diberikan masa tambahan selama 10 minit, namun kedua dua pasukan sudah buntun mencari gol dan Venezuela berjaya meraih mata yang penting dalam perlawanan ini.

Saksikan Highlight Perlawanan :

Highlight Brazil – Venezuela

ADMIN

Kedua dua pemain Liverpool bermain dalam masa penuh perlawanan.

Brazil akan bertemu Peru dalam perlawanan terakhir kumpulan Ahad ini.

Post Author: Mohd Nuruzzaman