Kajian Vysyble : Kelab “Big Six” Didakwa Telah Merosakkan EPL

Liverpool, Man City, Man United, Arsenal, Chelsea dan Spurs adalah kelab Big Six di dalam EPL.

Dan kelab itu didakwa telah merosakkan “mood” EPL berikutan kekuatan kewangan yang mereka miliki, menurut satu kajian.

Kelab kelab “Big Six” musim ini dilaporkan telah menjana 3/5 daripada pendapatan keseluruhan dari kelab kelab EPL yang lain.

Data daripada penganalisis kewangan Vysyble mendakwa kelab Big Six ini telah meraih £2.77 billion, manakala baki 14 kelab EPL yang lain hanya menjana £2.05 billion pada musim ini.

Selain itu, analisis itu juga mendedahkan bahawa sebanyak £247 juta peningkatan dicatatkan dari Big Six sahaja berbanding penurunan yang dicatatkan oleh kelab lain dengan jumlah purata £10 juta.

Ia menjelaskan bahawa kekuatan keuntungan kelab Big Six ini datangnya dari penglibatan mereka dalam kancah Eropah, namun dari segi jangka panjang ia akan menimbulkan masalah di mana tiada kelab lain dapat mencabar kedudukan Top Six ini.

Menurut Roger Bell, pengarah Vysyble :

“Tahun lepas, kami telah dimaklumkan kelab Big Six EPL mahu menurunkan kos dan berjaya melakukannya dengan meraih hadiah kejohanan Eropah serta mempunyai syer yang besar dalam hak penyiaran antarabangsa untuk EPL”.

“Manakala 14 kelab lain akan lebih jauh ketinggalan dari kelab Big Six dari segi perolehan, keuntungan dan persembahan di atas padang”.

“Dalam masa 10 tahun, kita dapat lihat bagaimana kelab Big Six meningkat keuntungan ekonomi serta meningkatkan kutipan mata mereka. Kelab kelab Big Six ini merosakkan EPL dengan wang”.

Laporan itu juga menyatakan perbezaan perolehan antara kelab tempat keeenam dan ketujuh EPL pada 2008 2009 hanya £1.88 juta sahaja, selain daripada menyatakan jurang perbezaan mata yang besar antara juara EPL dan kelab bawahan telah meningkat mendadak.

Tambah Bell lagi :

“Sejak Leicester memenangi kejuaraan liga, kelab Big Six telah memperbaiki jurang kutipan mata mereka daripada 393 mata pada 2015 2016 kepada 474 pada musim 2018 2019”.

“Jurang kutipan mata antara kelab juara dan juga kelab tangga terbawah adalah 82 mata pada musim 2018 2019, manakala dua daripada tiga rekod tanpa kalah yang panjang dicatatkan dalam masa dua musim sahaja”.

“Dengan statistik penguasaan bola keseluruhan dari kelab Big Six meningkat kepada 70% musim ini, adakah ini yang peminat bolasepak mahukan?”

ADMIN

Dah kelab Big Six EPL itu mempunyai peminat teramai, memanglah keuntungan bertambah di kelab.

Habis tu nak netizen EPL Malaysia sokong Huddersfield ke?

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman