Media : Firmino Melakukan “No Look Goal” Untuk Membantu Brazil Membelasah Peru 5 – 0

Manakala Alisson turut mengekalkan rekod tanpa bolos untuk Brazil melayakkan diri ke pusingan Suku Akhir.

Firmino menjaringkan gol kedua setelah penjaga gol Peru Pedro Gallese mengeluarkan bola terus kepada beliau dengan rembatan pertama terkena tiang sebelum beliau menolak masuk bola dengan “trademark” tersendiri pada minit ke 19.

Dan kemudian beliau melakukan satu assist kepada Dani Alves pada separuh masa kedua untuk menjadikan kedudukan 4 – 0.

Brazil melayakkan diri ke pusingan Suku Akhir setelah menduduki tangga teratas Kumpulan A selepas kemenangan tersebut.

Saksikan highlight perlawanan :

Highlight Brazil – Peru

Sementara itu, Naby Keita turut beraksi bersama Guinea yang memulakan kempen AFCON dengan seri 2 – 2 ke atas Madagascar.

Beliau diturunkan pada minit ke 62, untuk mengesahkan beliau dapat kembali beraksi selepas mengalami kecederaan paha ketika aksi separuh akhir UCL menentang Barcelona pada 01 Mei.

ADMIN

Setelah dikecam hebat peminat berikutan aksi beliau ketika menentang Venezuela, Bobby akhirnya menutup kecaman itu dengan gol.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply