Willy Sagnol : Ada Sebab Lain Mengapa Liverpool Tidak Memburu Nabil Fekir

Sebelum ini, The Reds tidak meneruskan hasrat untuk mendapatkan Nabil Fekir berikutan kecederaan lampau pada lutut.

Namun lagenda France Willy Sagnol telah mengkritik Nabil Fekir dengan mendakwa pemain itu tidak cukup bagus untuk meninggalkan Lyon.

Musim lepas menyaksikan perpindahan Nabil Fekir tidak menjadi kenyataan berikutan kecederaan lampau beliau tetapi musim ini beliau berhasrat untuk berpindah ke kelab lain dengan kontrak beliau berbaki setahun di Lyon.

Liverpooo sebelum ini tidak berhasrat untuk memburu lagi khidmat Nabil Fekir.

Dan Willy Sagnol mendakwa pemain itu harus diletakkan di bangku simpanan dan lilitan kapten pasukan yang disandang pemain itu dilucutkan selepas gagal berpindah ke Liverpool.

Menurut Willy Sagnol menerusi stesen radio RMC :

“Lyon harus melucutkan jawatan beliau dan meletakkannya di bangku simpanan jika beliau enggan bermain. Mereka pernah melakukan perkara serupa dengan Gourcuff”.

Dan Willy Sagnol turut berfikir terdapat sebab lain mengapa pemain itu hingga kini gagal menyertai mana mana kelab terbaik di luar France.

“Prestasi beliau sangat tidak konsisten dan ianya gagal menarik minat kelab luar untuk mendapatkannya”.

“Kelab kelab luar mahu pemain yang mempamerkan prestasi terbaik sepanjang masa”.

“Itu yang menyebabkan Fekir tidak dapat berhijrah”.

ADMIN

Setakat musim ini, Fekir melakukan 39 penampilan dalam semua kejohanan seperti musim lepas, namun hanya menjaringkan 12 gol.

Musim 2017 2018 beliau menjaringkan 23 gol.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman