Bekas Pengurus Liverpool Rafa Benitez Hampir Pasti Meninggalkan Newcastle United

Kedua dua pihak gagal bersetuju dengan kontrak baru dan Rafa sedang mempertimbangkan tawaran mega dari Dalian Yifang di China.

Dan beliau dijangka meninggalkan Newcastle United sejurus selepas kontraknya tamat pada minggu hadapan.

Rafa Benitez juga difahamkan sedang mempertimbangkan tawaran dari Dalian Yifang – di mana kelab China itu menawarkan gaji setinggi £30 juta setahun di mana jumlah itu 6 kali ganda tingginya dari beliau terima di Newcastle.

Sebelum ini beliau ditawarkan berkhidmat dengan Shanghai SIPG dan Guangzhou Evergrande dengan masing masing memberikan nilai gaji setinggi £10 juta dan £8.6 juta setahun.

Pengurus berusia 59 tahun itu tidak pernah gagal untuk membawa kelab menjulang trofi sepanjang kariernya sebagai pengurus di Valencia, Liverpool, Napoli dan juga Real Madrid.

Benitez sebelum ini telah berselisih faham dengan pemilik Newcastle, Mike Ashley mengenai pendekatan perpindahan masuk kelab dan dijangka beliau akan menamatkan kontraknya tanpa sebarang perbincangan lanjut untuk tawaran kontrak baru di kelab.

Newcastle sebelum ini memberikan tawaran kepada Benitez, namun beliau mahukan kuasa penuh dalam polisi pembelian pemain.

Selain itu juga, Newcastle juga masih berdepan perjalanan sulit dengan perbincangan untuk pengambilalihan bernilai £350 juta oleh Sheikh Khaled bin Zaher Al Nayan masih tertangguh.

Situasi ini membolehkan Dalian Yifang mengemukakan tawaran bernilai £30 juta setahun kepada beliau, di mana Benitez akan menerima £17 juta setahun selepas cukai.

Jika beliau meninggalkan Newcastle, beliau akan dikenang oleh peminat Newcastle dengan membawa kelab itu kembali ke Premier League selepas setahun tersingkir ke Liga Championship pada 2016.

ADMIN

Sukar untuk Rafa tolak tawaran ini kalau tepat pada masanya.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply