Samuel Eto’o Gesa Mo Salah Meninggalkan Liverpool Dan Menyertai Barcelona

Beliau membuat kenyataan tersebut selepas menyaksikan perlawanan antara Egypt dan Zimbabwe dalan Kejohanan AFCON 2019.

Eto’o yang bermain untuk Qatar SC, mengkritik corak permainan Egypt di mana pemain pemain kebangsaan tersebut harus memberikan lebih sokongan kepada Mo Salah.

Menurut Eto’o :

“Jika Egypt bermain dengan corak begini secara berterusan, mereka akan mengharungi situasi sukar dalam perlawanan seterusnya”.

“Pasukan Egypt gagal bermain dengan baik terutama di bahagian serangan, dan Salah begitu jauh jaraknya dari barisan penyerang dan itu sebabnya beliau tidak dapat beraksi dengan sebaiknya”.

“Semua pemain menghantar bola kepada Mo Salah, dan dalam situasi ini pemain Egypt tidak bermain dalam satu pasukan”.

Salah ketika ini telah menjaringkan 71 gol untuk Liverpool sepanjang 2 musim, dan baru baru ini membantu Liverpool untuk menjulang kejuaraan UCL.

Dengan Liverpool musim hadapan mahu kembali mencabar kejuaraan EPL dan seterusnya merampas kejuaraan tersebut, Samuel Eto’o mempunyai idea tersendiri.

“Barcelona adalah pasukan yang sesuai untuk Mo”.

“Real memberikan saya peluang untuk meninggalkan Afrika namun saya tahu corak permainan Barcelona dan ianya sesuai buat beliau”.

“Jika beliau berpeluang untuk bermain di dalam liga terbaik di dunia, di mana ianya La Liga maka Barcelona adalah kelab yang patut beliau sertai”.

“Mo mempunyai segala galanya untuk menjadi pemain terbaik dunia”.

ADMIN

Barcelona pun kena comeback Liverpool. Haha. Ex Barcelona rupanya.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply