Liverpool Berharap Untuk Dapatkan Pemain Muda Belanda Sepp Van Der Berg

Pemain pertahanan tengah berusia 17 tahun ini bermain untuk PEC Zwolle di Eredivisie.

Echo difahamkan Liverpool berminat untuk mendapatkan khidmat pemain muda ini tetapi terpaksa bersaing dengan kelab kelab besar lain seperti Bayern Munich dan Ajax.

Beliau dilihat sebagai pemain berteknikal seperti Joe Gomez ketika pemain itu menyertai Liverpool pada 2015, dan percaya akan kebolehan untuk bermain di LFC buat jangka panjang.

Sebelum ini Sampdoria telah membida sebanyak €2.5 juta untuk khidmat beliau pada Januari lepas namun pihak di Melwood menjangkakan beliau akan bersedia untuk bermain dalam skuad utama pada hari pertama kedatangan beliau.

Namun begitu pemain muda itu harus faham dengan situasi pemain pertahanan Liverpool yang mempunyai standard yang tinggi dan beliau harus bersedia untuk meningkatkan prestasinya dari semasa ke semasa jika berhasrat untuk bermain dalam skuad utama.

Dengan umur beliau yang masih muda, Van Der Berg adalah pemain yang harus dibangunkan potensinya sekaligus masuk ke dalam skuad utama.

Beliau bukanlah pemain yang dibeli untuk menyertai skuad Akademi namun pemain yang akan dibentuk dan dievolusikan untuk menjadi pemain yang matang seperti Joe Gomez lakukan pada 4 tahun lalu.

ADMIN

Finally a first signing musim ini? Kita tunggu berita seterusnya.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply