Virgil Van Dijk : Masa Depan Liverpool Sangat Cerah Pada Musim Hadapan

Beliau merupakan sebahagian pertahanan Liverpool yang kental pada musim lepas.

Dan beliau meramalkan Liverpool bakal mempunyai masa depan yang cerah dengan berhasrat untuk mencabar kejuaraan liga sekali lagi.

The Reds kecewa apabila hanya tewas dengan jurang satu mata kepada Man City dalam perebutan kejuaraan liga, namun berjaya mengubat kekecewaan itu dengan menjulang kejuaraan UCL.

Dan sekarang mereka sedang menikmati waktu cuti untuk mengembalikan kesegaran sebelum memulakan kembali perjuangan memburu kejuaraan liga yang kali terakhir dimenangi pada 1989 / 1990.

Van Dijk yang telah meraih Anugerah Pemain Terbaik Musim Lepas berikutan persembahan cemerlangnya, berazam untuk membantu Liverpool melangkah setapak lagi musim hadapan untuk meraih lebih banyak kejayaan.

Menurut Van Dijk menerusi Liverpool FC :

“Saya berpendapat masa depan amat cerah buat Liverpool FC”.

“Kami mempunyai pasukan yang hebat yang sentiasa mahu meningkatkan prestasi, serta mahu memberikan segala galanya untuk pasukan dan kelab”.

“Terlalu banyak kualiti di dalam pasukan, dan anda tidak sedar akan kualiti yang dimiliki mereka. Begitu juga yang berada di barisan simpanan dan sentiasa bersedia untuk bermain”.

“Jadi masa depan yang hebat berada di hadapan kami”.

Virgil Van Dijk telah membantu negaranya untuk menjejakkan kaki ke Final UEFA Nations League, namun tumpas 1 – 0 kepada Portugal sebelum bercuti.

ADMIN

Kita teruja untuk menantikan bagaimana musim hadapan bermula. YNWA Virgil Van Dijk.

Sumber : Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman