Media : Southampton “Menyakat” Liverpool Dan Klopp Selepas Mendapatkan Che Adams Dari Birmingham

The Saint telah melengkapkan perpindahan pemain penyerang dari Liga Championship tersebut dengan nilai £15 juta.

Sebelum ini Liverpool telah mendapatkan sekurang kurangnya 8 pemain dari Southampton, dan yang terkini merupakan sebahagian skuad yang menjuarai UCL bersama Liverpool seperti Virgil Van Dijk, Dejan Lovren, Sadio Mane dan Adam Lallana.

Dan rekod pembayaran yang dilakukan Liverpool dilaporkan telah mencecah £173 juta sejak bermulanya era Liga Perdana Inggeris.

Dan Southampton mendapatkan pemain dari Birmingham ambil membuat satu video montaj yang mengusik Liverpool dan Klopp mengenai polisi perpindahan mereka.

Saksikan :

Klopp dan Liverpool tidak terlibat dalam pembikinan video ini.

Menerusi video montaj ini, Klopp dilihat menaiki kapalterbang yang tertera logo LFC sambil meneropong ke keretapi Southampton.

Pemain terakhir yang dibeli oleh Liverpool dari Southampton adalah Virgil Van Dijk pada Januari 2018, dengan nilai £75 juta.

ADMIN

Liverpool setakat ini belum memasuki pasaran perpindahan, namun kita tidak akan menyaksikan perpindahan pemain Southampton ke Liverpool lagi dalam masa terdekat.

Namun Southampton juga layak diberikan penghargaan kerana memberikan pemain terbaiknya untuk Liverpool. Hahaha.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman