Naby Keita “Disuruh Bercuti” Oleh LFC – Akan Cergas Untuk Kunjungan Ke US

Pemain Guinea ini telah dikeluarkan dari skuad Guinea dan dilaporkan kembali ke Melwood untuk menjalani rawatan.

Dan Liverpool menjangkakan beliau akan kembali untuk kunjungan pramusim ke Amerika Syarikat meskipun kecederaan menghantui beliau dalam musim pertamanya bersama Liverpool.

Naby Keita mengalami kecederaan adductor ketika kekalahan Guinea ke atas Nigeria, dan beliau akan tidak terlibat dalam semua perlawanan AFCON 2019 bersama Guinea selepas ini.

Sebelum itu beliau mengalami kecederaan yang sama ketika perlawanan menentang Barcelona di Nou Camp pada 01 Mei dan tidak lagi bermain dalam perlawanan bersama Liverpool selepas itu.

Namun hasil pemeriksaan lanjutan di Melwood mengesahkan Naby Keita tidak akan tersisih dalam tempoh yang lama. Keita kemudiannya dinasihati Liverpool untuk bercuti sebelum melaporkan diri dalam pasukan bagi kunjungan pramusim ke Amerika Syarikat dengan perlawanan menentang Borussia Dortmund di Indiana, Sevilla di Boston dan Sporting Lisbon di New York.

ADMIN

Baru jurulatih Guinea buka mata kot betapa seriusnya kecederaan Naby Keita ini.

Sumber : Andy Hunter – The Guardian

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply