John W Henry Dilabel “Biadab” Berikutan Post Bidaan Arsenal Terhadap Suarez Pada 2013

Bekas perunding perpindahan Arsenal Dick Law mempersoalkan cara Liverpool mengendalikan situasi Luis Suarez dan bidaan £40 juta + 1 oleh Arsenal.

Dan beliau menyatakan John W Henry adalah seorang yang biadab kerana mendedahkan nilai tawaran Arsenal itu kepada umum – situasi di mana ianya mendorong kepada perpindahan keluar pemain Uruguay itu dari Anfield.

Arsenal melakukan tawaran untuk Luis Suarez pada Julai 2013 setelah dikenakan hukuman penggantungan 10 perlawanan setelah mengigit Branislav Ivanovic pada akhir musim tersebut.

Selepas itu Suarez telah menyatakan kepada umum hasratnya untuk meninggalkan Liverpool untuk menyertai pasukan yang bermain di UCL, dengan Arsenal telah mengemukakan tawaran yang telah termaktub dalam kontraknya untuk membolehkan beliau berpindah ke ibukota London tersebut.

Namun pemilik Liverpool, John W Henry telah memuatnaik satu post Tweet :

Mereka isak apa di Emirates?

Suarez kemudiannnya dihantar berlatih dengan skuad simpanan, Arsenal tidak berhasrat meneruskan perpindahan itu dan Suarez kembali ke Liverpool sebelum menyertai Barcelona pada penghujung musim 2014.

Bercakap menerusi Goal.com, bekas perunding perpindahan Arsenal Dick Law mempersoalkan tindakan Liverpool mengendalikan situasi tersebut.

“Liverpool mahu memperbesar besarkan sesuatu perpindahan dan mereka mendapatnya. Setelah mereka menerima tawaran kami, beliau segera mempopularkannya”.

“Saya berfikir John W Henry mahu tahu apa yang kami hisap di sini, dan itu adalah sesuatu yang biadab. Namun beliau akan kalah kerana bakal kehilangan pemain bintang mereka. Dan itu adalah balasan kerana cuba mendapatkan perhatian”.

“Saya sentiasa berfikir bahawa perpindahan yang dipublisitikan adalah tidak produktif”.

“Liverpool hanya menembak diri mereka sendiri kerana terpaksa melayani tawaran kelab lain berikutan klausa itu terdapat pada kontrak pemain. Mempopularkan klausa itu hanya meningkatkan tawaran terhadap pemain dan akhirnya mereka kehilangan pemain tersebut”.

Terdapat juga dakwaan ketika itu Liverpool enggan melayani sebarang tawaran meskipun terdapat klausa pelepasan sebanyak £40 juta, namun Law berpendapat perjanjian itu tidak berjalan lancar.

“Tawaran tambahan 1 pound itu adalah cuma untuk mengaktifkan klausa pelepasan itu”.

“Ketika itu ejen dan Luis Suarez tidak memaksa perpindahan itu dilakukan. Saya berpendapat beliau menghargai peminat Liverpool ketika itu dan beliau amat berterima kasih mengenai itu”.

“Beliau mahu meninggalkan kelab dengan cara yang baik dan menolak sebarang cara untuk meninggalkan kelab menerusi pintu belakang”.

“Kesudahannya Liverpool kehilangan pemain mereka, dan kesudahan Arsenal gagal mendapatkan Luis Suarez”.

ADMIN

Luis Suarez terlalu bagus untuk bermain di Arsenal. Haha.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman