Ringkasan Hari Pertama Latihan Pramusim Liverpool FC

Jurgen Klopp bersama sama 16 pemain telah kembali ke Melwood untuk latihan pramusim 2019 2020.

Here Come The Boss
Welcome Back!

16 PEMAIN YANG TELAH KEMBALI KE KELAB.

Arroyo, Brewster, Clyne, Fabinho, Gomez, Kent, Hoever, Jones, Lallana, Matip, Milner, Oxlade-Chamberlain, Phillips, Van den Berg, Wilson, Woodburn.

TERKINI MENGENAI KECEDERAAN PEMAIN

Caoimhim Kelleher dijangka tersisih selama 6 minggu berikutan kecederaan patah pergelangan tangan.

Beliau dijangka menjalani pembedahan kecil dan menjalani pemulihan serta tersisih selama 6 minggu.

Xherdan Shaqiri pula akan dinilai oleh pakar perubatan kelab setelah beliau kembali pada minggu hadapan.

Beliau mengalami kecederaan betis ketika menentang England dalam perlawanan penentuan tempat ketiga / keempat UEFA Nations League pada 09 Jun lepas.

Naby Keita pula dijangka akan memulakan program pemulihan beliau setelah mengalami sedikit kecederaan pada otot adductor beliau.

Namun beliau telah diarahkan kelab untuk bercuti dan akan menyertai skuad Liverpool semula dalam masa 3 minggu.

ADMIN

Ketika ini pemain Liverpool yang kembali sedang menjalani ujian kecergasan di Melwood.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply