Fabinho Menceritakan Momen Terbaik Dalam Skuad Liverpool Musim Lepas

Ia berkaitan dengan pemain pertahanan berkelas dunia iaitu Virgil Van Dijk, pemimpin di dalam bilik persalinan dan reaksi Klopp selepas perlawanan separuh akhir pertama menentang Barcelona.

Dan Fabinho menyatakan mengapa corak bertahan Virgil Van Dijk sentiasa menarik perhatian dan mengapa beliau terhutang budi kepada kedua dua kapten iaitu Jordan Henderson dan James Milner.

Van Dijk sekarang berada di landasan terbaik untuk meraih gelaran Ballon D’ Or setelah mempamerkan aksi terbaik ketika Liverpool menjuarai UCL dengan menewaskan Spurs 2 – 0 musim lepas.

Selain itu pemain pertahanan Belanda itu juga meraih gelaran Pemain Terbaik PFA dengan memainkan peranan penting untuk membawa kelab mencabar kejuaraan liga dengan rekod 97 mata di belakang Man City.

Dan Fabinho mengagumi kelebihan perebutan bola di udara dan juga kekuatan fizikal yang dimiliki Virgil Van Dijk musim lepas.

Menurut Fabinho :

“Tiada siapa dapat menewaskannya ketika perebutan bola di udara. Saya rasa sudah 64 perlawanan, tiada pemain yang mampu melepasi beliau”.

“Beliau sangat pantas. Apa yang melucukan beliau jarang melakukan larian sebelum itu. Beliau bermain dengan cara tersendiri, seperti orang yang tinggi dan amat mudah memenangi bola di udara”.

“Bola di udara adalah sesuatu yang melucukan. Beliau akan menjerit “Virg” terlebih dahulu sebelum mendapatkan bola. Anda biarkan sahaja walaupun sesiapa yang menjadi penyerang ketika itu”.

“Menentang Man United, saya mengagumi beliau. Kami akan berhadapan dengan Romelu Lukaku yang mempunyai saiz yang sama seperti beliau. Saya berfikir ianya Lukaku, mari lihat bagaimana beliau bertahan”.

“Dan setiap bola di udara ketika itu, saya akan mendengar VIRG! Anda dengar perkataan itu, anda harus keluar dari sana kerana beliau akan menanduk bola tersebut”.

Tambah Fabinho lagi :

“Saya berada di antara beliau dan Wijnaldum di bilik persalinan. Beliau ibarat budak kecil yang besar, sentiasa bermain dan membuat lawak”.

“Di luar padang beliau adalah individu yang baik. Namun di dalam padang beliau adalah pemain yang sering menjerit kepada pemain lain. Jika beliau menjerit kepada pemain lain, semua pemain akan berkata okay sahaja”.

“Beliau tidak takut untuk menjerit kepada sesiapa sahaja – walaupun memarahi seseorang. Suara beliau lantang, anda boleh mendengar dari jauh”.

Selepas menyertai Liverpool, beliau memulakan karier agak perlahan namun lama kelamaan beliau memainkan peranan penting dalam pasukan selepas itu.

Dan beliau mengakui dua rakan sepasukan telah banyak membantu ketika memulakan karier di Liverpool.

“Virgil di padang, adalah seseorang yang boleh memimpin. Namun di bilik persalinan, Jordan Henderson dan James Milner yang banyak membantu saya”.

“Dua pemain ini akan mengadakan taklimat bersama pemain jika ada sesuatu yang perlu diperkatakan dan mereka berdua yang paling banyak bercakap di bilik persalinan”.

“Setelah saya tiba di sini, mereka berdua yang paling banyak bercakap dengan saya dan membimbing saya. Ia mengejutkan saya kerana mereka bermain di posisi yang sama seperti saya, namun mereka berdua yang banyak membantu saya”.

Fabinho turut mendedahkan reaksi sebenar Jurgen Klopp ketika berakhir perlawanan separuh akhir pertana menentang Barcelona, di mana kami tewas 3 – 0.

Walaupun tewas 3 – 0, Klopp mengucapkan tahniah kepada semua pemain kerana memperagakan persembahan terbaik mereka sepanjang musim termasuk Fabinho.

“Saya bersama Sadio Mane sedang mandi ais selepas perlawanan ketika Klopp mendapatkan kami dan berkata, Gini menyatakan kami akan mengatasi Barcelona minggu hadapan – dan apa pendapat kami?”

“Saya berkata saya yakin dengan apa yang Gini diperkatakan dan Klopp berkata – bagus, jadi tiga orang setuju dengan beliau.”

Fabinho sudah semestinya berkeyakinan akhirnya melihat sendiri kejayaan Liverpool membenam Barcelona dengan jaringan 4 – 0, sekaligus merasai bagaimana hebatnya “comeback” yang dilakukan itu.

“Suasana stadium ketika itu. Wow!”

“Semua pemain berdiri di hadapan The Kop dan melihat kembali kesukaran yang kami harungi tanpa dua pemain berkelas dunia. Saya hampir menitiskan air mata ketika itu”.

ADMIN

Dan kali ini, Fabinho akan lebih bersemangat untuk memulakan musim baru. We Are Liverpool, This Mean More.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman