Jurgen Klopp : Kejuaraan UCL Adalah Inspirasi Kami Raih Lebih Banyak Kejayaan

The Reds menjulang kejuaraan UCL pada awal bulan lepas dan sekarang cuba untuk menyasarkan kejuaraan liga sekali lagi.

Menurut Klopp :

“Sudah semestinya kami tidak terlalu memikirkan kejayaan itu. Ianya bukan setiap hari orang akan berkata; Selamat pagi, kita telah memenangi UCL. Tapi kita tidak akan melupakan saat saat itu”.

“Ianya sesuatu yang memberikan pemain lebih berkeyakinan – itu yang paling penting. Namun jika anda cuma guna keyakinan juga tiada maknanya – tetapi sesiapa pun tidak harus gusar dengan situasi setia ada pasukan”.

“Ianya bukan bermakna kami harus berpuas hati, gembira dengan kejuaraan UCL yang dimenangi. Ianya lebib banyak perkara yang perlu dilakukan”.

“Kami telah merasai sendiri bagaimana suasananya – kami bermain di final, kami berjaya memenanginya, kami hadir ke bandar, kami melihat dan merasai suasana ketika itu. Itu sesuatu yang boleh menyebabkan kami ketagih – anda mahukan suasana itu lebih kerap”.

“Ianya sangat istimewa, anda tidak akan melupainya. Ianya sesuatu yang anda akan lihat semula di karier lampau dan tiada sesiapa boleh merampas kenangan itu dari anda”.

“Namun jika anda masih berada pada karier anda, anda harus gunakan untuk langkah seterusnya kerana musim ini amat berbeza sekali”.

“Semuanya positif buat masa sekarang”.

ADMIN

Kemenangan trofi pertama ini adalah sesuatu anjakan untuk sesuatu kejayaan yang lain. YNWA Klopp.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply