Liverpool Kehilangan Khidmat Xherdan Shaqiri Ketika Pramusim Berikutan Kecederaan Betis

Hasil pemeriksaan mendedahkan terdapat sedikit koyakan pada otot betis beliau dan memaksa beliau tersisih buat sementara.

Beliau melapor diri di Melwood untuk menjalani latihan pramusim, setelah sebelum ini mengalami kecederaan ketika perlawanan terakhir kempen Switzerland dalam UEFA Nations League menentang England.

Pakar perubatan Liverpool telah melakukan pemeriksaan lanjutan dan mendedahkan bahawa beliau akan tersisih dalam jangka masa yang agak panjang.

Menurut Klopp menerusi Liverpool FC :

“Shaq masih mengalami kecederaan dan beliau akan tersisih buat sementara waktu”.

“Terdapat koyakan pada otot betisnya, jadi beliau akan menjalani pemulihan”.

Dengan tiada jangkamasa untuk Shaqiri pulih, beliau akan mengikuti program latihan pramusim lebih lewat dari pemain lain.

Kecederaan itu bagaikan tidak tepat pada masanya apabila Roberto Firmino dan Mo Salah hanya memulakan cutinya selepas komitmen masing masing bersama Brazil dan Egypt manakala Sadio Mane masih bersama Senegal dalam AFCON 2019.

Sudah pasti Divock Origi merupakan satu satunya pemain penyerang senior yang berada di kelab ketika ini. Liverpool juga berharap penyerang Belgium itu akan terus kekal di Liverpool dengan menandatangani kontrak baru.

Selain itu penyerang remaja, Rhian Brewster merupakan pilihan penyerang yang menjalani latihan pramusim di Melwood dengan Ryan Kent, Ben Woodburns dan Harry Wilson turut menjadi pilihan alternatif.

ADMIN

Parah gak barisan serangan untuk perlawanan pramusim ini. Namun ini masanya untuk pemain pelapis menunjukkan kelebihan yang mereka miliki.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman