Divock Origi Dijangka Menandatangani Kontrak Baru Dalam Masa Terdekat

Difahamkan Liverpool optimis bahawa pemain itu akan menerima tawaran kelab untuk lanjutan kontrak sekembalinya beliau untuk menjalani latihan pramusim.

Divock Origi yang mempunyai baki kontrak setahun bersama kelab, telah melaporkan diri ke Melwood dan memberi isyarat untuk kekal di kelab bagi membantu mencatatkan lebih banyak kejayaan.

Origi menjaringkan gol untuk mengesahkan kemenangan ke atas Spurs dalam FINAL UCL 2019 sekaligus membawa trofi berprestij Eropah itu ke Melwood sekaligus memberikan trofi pertama untuk Jurgen Klopp. Beliau juga telah menjaringkan 2 gol untuk Liverpool ketika mengatasi agregat Barcelona dengan 4 – 3 ketika perlawanan separuh akhir UCL.

Difahamkan perbincangan mengenai kontrak baru Origi berjalan dengan lancar, dengan beliau bakal mendapat lebih banyak peluang bermain dengan jadual padat Liverpool pada musim 2019 2020.

Origi dijangka akan cuba meraih peluang untuk membuktikan diri beliau bersama Liverpool sekali lagi. Liverpool juga dijangka tidak akan melayan sebarang tawaran dari kelab lain meskipun Origi tidak mahu menyambung kontraknya di Liverpool.

Liverpool juga difahamkan tidak akan menjual Origi dengan beliau mempunyai hubungan baik dengan Presiden FSG Mike Gordon dan Pengarah Urusan Michael Edwards. ( Power kabel Origi ni ) dengan mereka menyifatkan Origi masih mempunyai sesuatu yang bernilai untuk ditunjukkan.

Keinginan Liverpool untuk mengekalkan Divock Origi adalah isyarat bahawa polisi Liverpool kini adalah mengekalkan skuad sedia ada berbanding merombak pemain kelab secara keseluruhan. Dijangka James Milner, Alex Oxlade Chamberlain dan Joel Matip juga bakal menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab, serta Virgil Van Dijk telah memaklumkan kepada kelab untuk menyambung kontraknya bersama Liverpool.

Liverpool telah berjaya mendapatkan khidmat pemain muda Fulham, Harvey Elliot baru baru ini.

ADMIN

Seharusnya Divock Origi kekal di Liverpool. YNWA.

Sumber : Melissa Reddy ( ESPN )

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply