Alberto Moreno Menyertai Villarreal Untuk Musim 2019 2020

Beliau meninggalkan Liverpool minggu lepas selepas berakhirnya kontrak 5 tahun bersama The Reds.

Sebelum ini beliau datang dari Sevilla dengan harga £12 juta di mana antara pembelian pemain di bawah kendalian bekas pengurus Brendan Rodgers.

Moreno selepas itu melakukan 141 penampilan bersama Liverpool dan menjaringkan 3 gol.

Berikut adalah paparan post Twitter dari Villareal :

Welcome to Yellow Submarines, Moreno

Beliau sebelum ini adalah pemain utama Liverpool pada 2 musim berterusan sebelum kehilangan tempat kepada James Milner pada 2016 / 2017, manakala kehadiran Andy Robertson selepas itu menyaksikan peluang beliau untuk diturunkan amat tipis.

ADMIN

Good luck Alberto Moreno. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman