Simon Mignolet Bersedia Diturunkan – Masalah Penjaga Gol Melanda LFC

The Reds kehilangan beberapa khidmat penjaga gol menjelang perlawanan pramusim pertama menentang Tranmere Rovers.

Dan Jurgen Klopp sedia untuk menurunkan Simon Mignolet dalam sepanjang perlawanan pramusim ini.

Penjaga gol utama, Alisson Becker sedang bercuti selepas membantu Brazil menjuarai Copa America 2019, Caoimhim Kelleher sedang menjalani pemulihan selepas pembedahan pergelangan tangan manakala Kamil Grabara belum kembali selepas beraksi bersama skuad Poland dalam Kejohanan Eropah Bawah 21.

Difahamkan penjaga gol skuad Bawah 18 Tahun, Viteslazv Jaros akan diturunkan selaku penjaga gol kedua LFC.

Menurut Klopp :

“Simon akan berada di gawang. Kami berada dalam situasi sukar untuk posisi penjaga gol buat masa sekarang, dan kami mempunyai pemain yang agak muda”.

“Ali memenangi Copa America bersama Brazil minggu lepas, jadi beliau takkan terlibat! Simon telah kembali dan beliau akan bermain. Caoimhin masih cedera dan akan tersisih buat sementara. Grabara akan kembali namun masih mengalami kecederaan setelah terlibat dalam kejohanan Eropah”.

“Jadi ianya akan bertambah menarik. Mungkin pemain simpanan untuk posisi itu adalah sangat muda namun itulah hakikatnya”.

“Masalah dalam bolasepak akan ada penyelesaiannya dan dalam pramusim sentiasa ada masalah untuk diselesaikan dan begitulah caranya”.

Sebelum ini Simon Mignolet dijangka meninggalkan kelab dengan telah menyatakan hasratnya untuk mencari lebih banyak minit perlawanan.

Namun Klopp amat berpuashati untuk mengekalkan beliau setelah menunjukkan sikap profesional sepanjang menjadi penjaga gol kedua di belakang Alisson.

ADMIN

Tiada masalah sangat tu jika ada Mignolet. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman