Peter Crouch Mengumumkan Persaraan Dari Bolasepak

Pemain itu menghabiskan masa selama 3 musim di Liverpool, dengan melakukan 134 penampilan dan menjaringkan 42 gol.

Rafa Benitez telah membawa pemain itu dari Southampton pada 2005 ( Zaman bermula urusniaga Southampool ) dan telah menjaringkan 15 gol pada musim pertamanya.

Dengan beliau mempunyai kelebihan di udara dan juga bola di kaki, musim seterusnya beliau menjaringkan 18 gol dengan 7 gol sahaja dijaringkan ketika kempen UCL ketika itu hingga ke perlawanan akhir.

Salah satu golnya masih menjadi ingatan hingga sekarang apabila melakukan sepakan gunting ketika menentang Galatasaray untuk membuktikan beliau adalah pemain yang boleh mencipta sesuatu di saat saat genting.

Crouch sekali lagi membantu Liverpool sebelum akhirnya berhijrah ke Portsmouth pada musim panas 2008.

Kemudian beliau bersama Spurs dan juga Stoke City sebelum bermain di Burnley, satu destinasi terakhir karier beliau sebelum bersara.

Berikut adalah pengumuman persaraan beliau menerusi laman Twitter peribadi beliau.

Happy retirement Crouchie!

ADMIN

Berikut adalah video himpunan gol terbaik beliau bersama Liverpool dari 2005 ā€“ 2008.

42 gol dari Peter Crouch

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman