Steven Gerrard Menzahirkan Perasaan Bangga Terhadap Sepupunya Bobby Duncan

Pemain muda Liverpool itu melakukan penampilan pertama bersama skuad senior Liverpool sekaligus menjaringkan gol peribadinya awal pagi tadi.

Antara pemain yang berjaya membawa kejuaraan Piala FA Remaja ke Melwood, beliau melakukan penampilan pertamanya dalam skuad senior dan sekaligus menjaringkan gol untuk Liverpool mengatasi Tranmere dengan 6 – 0.

Beliau dimasukkan dalam separuh masa kedua ketika Liverpool mendahului 3 – 0 ketika itu dengan melakukan larian ke dalam petak penalti dan menyudahkan hantaran yang dilakukan Ki Jana Hoever.

Dan Duncan memuatnaik satu posting di laman Instagram beliau untuk mengingati momen terindah beliau itu.

Bobby Duncan dan bukan Bobby Firmino.

Dan ikon Liverpool Steven Gerrard juga memuatnaik komen pada Instagram Bobby Duncan dengan menyatakan “Well done, kid”.

Tidak dinafikan Gerrard adalah sumber inspirasi dan galakan untuk beliau lakukan lebih baik lagi dalam perlawanan persahabatan seterusnya menentang Bradford City.

Gol Bobby Duncan vs Tranmere.

ADMIN

Ada harapan dia ni. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman